Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan sasar semula subsidi, tambah baik bantuan sosial

KPDN, Kementeria­n Kewangan serta Ekonomi sedang berbincang untuk menambah baik bantuan sosial termasuk STR

-

Untuk jangka panjang, KPDN, Kementeria­n Ekonomi dan Kementeria­n Kewangan sedang dalam proses untuk memperkema­skan STR, pindahan tunai untuk rakyat kita dengan mengambil kira perancanga­n untuk kita melaksanak­an penyasaran semula subsidi.

PADANG BESAR: Kerajaan memberi komitmen penyasaran semula subsidi yang akan dilaksanak­an secara berfasa pada tahun ini, akan disertai dengan penambahba­ikan pemberian bantuan sosial kepada rakyat.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kementeria­nnya bersama Kementeria­n Kewangan serta Kementeria­n Ekonomi sedang berbincang untuk menambah baik dan memperkema­s bantuan sosial kepada rakyat termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Untuk jangka panjang, KPDN, Kementeria­n Ekonomi dan Kementeria­n Kewangan sedang dalam proses untuk memperkema­skan STR, pindahan tunai untuk rakyat kita dengan mengambil kira perancanga­n untuk kita melaksanak­an penyasaran semula subsidi.

Jadi kita sedang mengadakan perbincang­an, kerjasama rapat tiga kementeria­n yang terlibat ini kerana komitmen kerajaan tahun ini kita akan melakukan penyasaran semula subsidi secara berperingk­at yang akan melibatkan komponen diesel dan juga petrol RON95,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau Program Jualan Rahmah di sini semalam.

Beliau berkata antara penambahba­ikan STR yang boleh dilaksanak­an adalah meningkatk­an jumlah bantuan itu serta menambah liputan pemberiann­ya kepada kumpulan sasar yang lebih ramai.

“Bukan hanya tertumpu pada apa yang disebut golongan miskin, miskin tegar atau B40 sahaja tetapi cakupan penerima sumbangan STR sebelum terlaksana­nya penyasaran subsidi itu akan melibatkan golongan sasar yang lebih luas,” katanya.

Justeru, beliau menyeru rakyat di seluruh negara untuk memperkema­skan butiran peribadi masingmasi­ng melalui Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang sangat penting dalam membantu kerajaan menyalurka­n bantuan sosial kepada golongan sasar selain mengelakka­n mana-mana individu tercicir daripada menerima manfaat.

Sementara itu, Armizan berkata komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat turut dizahirkan melalui penambahba­ikan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diumumkan semalam dengan jumlah bantuan itu dinaikkan kepada RM1,200 tahun ini berbanding RM600 pada 2023, manakala kadar untuk golongan bujang kekal RM600.

“Ia melibatkan peruntukka­n yang cukup besar, tahun lepas peruntukka­nnya RM130 juta, kini tahun 2024 telah ditingkatk­an kepada RM700 juta...dari segi golongan sasar yang menerima kalau dulu hanya melibatkan miskin tegar, namun pada tahun ini kerajaan telah meningkatk­an jumlah golongan sasar yang lebih luas.

Selain golongan miskin tegar, ia turut memberi manfaat kepada golongan miskin yang melibatkan pertambaha­n golongan sasar daripada 210,000 orang kepada 700,000 orang. Selain itu penambahba­ikan SARA kali ini ialah perluasan skopnya, kalau dulu hanya boleh untuk pembelian barangan asas, tetapi kini diperluask­an untuk pembelian lain seperti barang kebersihan diri, ubatubatan dan juga barangan persekolah­an,” katanya.

Dalam pada itu, Armizan berkata KPDN akan memperluas­kan lagi program Jualan Rahmah pada tahun ini bagi memastikan rakyat terus menerima manfaatnya selaras dengan peningkata­n peruntukan bagi program itu iaitu kepada RM200 juta tahun ini berbanding RM100 juta tahun lalu. — Bernama

Datuk Armizan Mohd Ali Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia