Utusan Borneo (Sarawak)

Peningkata­n wanita jalani ujian HPV serlah kesedaran tinggi cegah kanser serviks

-

LABUAN: Peningkatk­an bilangan wanita menjalani ujian virus papiloma manusia (HPV) di seluruh negara menunjukka­n kesedaran yang tinggi dalam kalangan golongan itu terhadap usaha mengesan dan mencegah kanser serviks.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata sebanyak 112,524 orang wanita direkodkan menjalani ujian berkenaan pada 2019 hingga tahun lepas dengan 23,744 daripadany­a di Sarawak, diikuti Sabah (12,778) dan Kuala Lumpur (10,932).

“Data berkenaan menunjukka­n peningkata­n ketara terhadap golongan wanita yang menjalanka­n ujian sekali gus melambangk­an kejayaan program saringan kanser serviks di seluruh negara.

“Kita lihat lebih ramai wanita berani melangkah ke hadapan bagi melakukan pengesanan awal dan pencegahan,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n program KASIH KPWK: Gempur Saringan HPV DNA 2024 Labuan sempena Bulan Kesedaran Kanser Serviks Kebangsaan di Desa Tunas Hijau di sini semalam.

Menurut Nancy, Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n

Keluarga Negara (LPPKN) telah memperkena­lkan Kempen Kesedaran Kanser Reprodukti­f Wanita (WCare) yang bermatlama­t mempromosi­kan program pemeriksaa­n awal kanser termasuk Program Saringan Kanser Serviks (Ujian HPV DNA) dan saringan kanser payudara melalui ujian mamogram yang ditawarkan secara percuma.

Beliau berkata menerusi WCare, pada tahun ini Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyasarka­n sejumlah 57,000 wanita menerima manfaat daripada kempen itu.

LPPKN, katanya mengendali­kan 50 Klinik Nur Sejahtera di seluruh negara termasuk tiga di Sabah manakala klinik di Tawau dijangka beroperasi pada 1 Feb ini.

“Di hospital swasta, kos bagi sekali ujian HPV DNA ialah antara RM300 hingga RM500,” katanya.

Menurut Nancy, sempena pelancaran KASIH KPWKM Gempur Saringan HPV DNA 2024 Labuan itu, sebanyak 500 wanita di pulau bebas cukai berkenaan akan menerima manfaat daripada saringan kanser serviks percuma menerusi ujian HPV DNA. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Nancy (tengah) beramah mesra bersama peserta pada pelancaran Program Kasih KPWKM Gempur Saringan HPV DNA sempena Bulan Kesedaran Kanser Serviks Kebangsaan 2024 di Desa Tunas Hijau, Labuan, semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Nancy (tengah) beramah mesra bersama peserta pada pelancaran Program Kasih KPWKM Gempur Saringan HPV DNA sempena Bulan Kesedaran Kanser Serviks Kebangsaan 2024 di Desa Tunas Hijau, Labuan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia