Utusan Borneo (Sarawak)

Perluas pertanian komuniti bantu kanakkanak kurang nutrisi: Dr Wan Azizah

-

KUALA LUMPUR: Program pertanian komuniti perlu diperluas terhadap masyarakat setempat di kawasan bandar bagi membantu mengatasi masalah kurang nutrisi dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di kawasan berkenaan.

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah itu perlu memandangk­an peratusan kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran atau istilahnya bantut di negara ini, termasuk di kawasan bandar akibat masalah kekurangan nutrisi agak tinggi.

“Oleh itu, saya ada mencadangk­an kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin untuk mewujudkan community farming (pertanian komuniti di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak) bagi membantu mengatasi permasalah­an ini dengan mencari mana-mana tanah yang boleh diusahakan untuk menanam sayur-sayuran yang mudah tumbuh seperti timun atau bendi.

“Bagaimanap­un, kita perlu juga melihat kepada pengurusan kerana perlu ada badan yang akan bertanggun­gjawab kerana kita tidak mahu apabila projek ini dilaksanak­an kelak ia hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Community Feeding Bandar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak di sini semalam.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata di ibu negara, Program

Community Feeding telah bermula sejak Disember 2022 dan masih diteruskan sehingga ke hari ini melibatkan seramai 56 kanakkanak.

“PPR Desa Tun Razak telah dipilih sebagai lokasi bagi pelaksanaa­n program ini kerana ia merupakan satu daripada pusat kajian oleh pihak Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada 2018. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MERASMIKAN: Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menandatan­gani plak perasmian Program Community Feeding Bandar di Projek Perumahan Rakyat Desa Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama MERASMIKAN: Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menandatan­gani plak perasmian Program Community Feeding Bandar di Projek Perumahan Rakyat Desa Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia