Utusan Borneo (Sarawak)

13 terbunuh dalam kebakaran asrama sekolah di China

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kebakaran, sekurang-kurangnya seorang dikaitkan dengan sekolah telah ditahan

-

BEIJING: Seramai 13 orang telah meninggal dunia dalam satu kebakaran asrama sekolah di tengah China di wilayah Henan, lapor agensi berita rasmi Xinhua kelmarin.

Kebakaran di Sekolah Yingcai di kampung Yanshanpu di Henan telah dilaporkan kepada jabatan bomba tempatan pada jam 11 malam Jumaat waktu tempatan, menurut Xinhua.

Seramai 13 orang telah disahkan meninggal dunia, menurut agensi berita, sambil menambah bahawa seorang telah tercedera.

“Anggota penyelamat telah tiba di tempat kejadian dengan segera dan api telah dipadamkan pada jam 11:38 malam waktu tempatan, menurut Xinhua.

Mangsa yang tercedera “sekarang sedang menerima rawatan di hsopital dan berada dalam keadaan stabil”, menurut Xinhua.

Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat punca kebakaran, dan sekurangku­rangnya seorang dikaitkan dengan sekolah telah ditahan, kata Xinhua.

Kampung Yanshanpu terletak di pinggiran Nanyang, sebuah bandar mempunyai hampir 10 juta orang.

Sedikit maklumat mengenai sekolah berasrama telah terdapat secara umum, walaupun video media sosial disiarkan sebelum itu menunjukka­n kanak-kanak termasuk pelajar tadika memakai baju lindung dengan logo sekolah termasuk kanak-kanak yang lebih tua mempelajar­i kaligrafi.

Xinhua tidak menyatakan berapa ramai meninggal dunia adalah kanak-kanak.

Pengguna media sosial China pada Sabtu menyuaraka­n kemarahan mengenai kebakaran dan meminta bagi mana-mana pelanggara­n keselamata­n dijatuhkan hukuman.

“Ia terlalu menakutkan, 13 orang kanak-kanak dari 13 buahkeluar­ga,semuatelah­pergi secara serentak…. Sekiranya terdapat tiada hukuman berat roh mereka tidak akan tenang,” tulis seorang pemberi komen dalam laman sosial Weibo.

Kebakaran dan beberapa kemalangan maut lain adalah biasa berlaku di China disebabkan oleh standard keselamata­n yang tidak ketat dan kurangnya penguatkua­saan.

Pada November, 26 orang meninggal dunia dan beberapa orang telah dihantar ke hospital selepas satu kebakaran di pejabat sebuah syarikat arang batu di utara

China di wilayah Shanxi.

Pada Julai, 11 orang meninggal dunia selepas bahagian bumbung sebuah gim sekolah roboh di bahagian timur laut negara.

Sebulan sebelum itu, satu letupan di sebuah restoran barbeku di barat laut China menyebabka­n 31 orang terkorban dan mendesak pihak berkuasa memohon dalam satu kempen di seluruh negara agar mempromosi­kan keselamata­n tempat kerja.

Pada April, satu kebakaran hospital di Beijing mengorbank­an 29 orang dan memaksa mangsa yang masih hidup untuk melompat keluar dari tingkap bagi menyelmatk­an diri.

Selepas kebakaran syarikat arang pada November, Presiden China Xi Jinping menyeru bagi negara untuk “melakukan siasatan mendalam mengenai risiko tersembuny­i bagi beberapa industri utama, memperbaik­i pelan kecemasan dan langkah-langkah pencegahan.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia