Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Belanda rampas dua tan ketamin, paling besar dalam sejarah negara

-

THE HAGUE: Polis Belanda telah menghalang hasil ketamin “paling besar pernah ada” bernilai berpuluh juta euro, menurut pihak polis pada Jumaat, dengan rampasan dadah mencecah rekod tinggi di Belanda.

Berdasarka­n satu maklumat, pada dua minggu lepas polis telah menemui dua tan ketamin yang disemunyik­an dalam beberapa buah kotak di sebuah bangsal di Muiderberg, hanya di timur Amsterdam.

“Ketamin memiliki nilai pasaran sekitar 55 juta euro,” menurut pihak polis Belanda.

“Rampasan itu adalah yang terbesar pernah ditemui di negara ini,” tambah mereka dalam satu kenyataan.

Polis menahan seorang lelaki berusia 55 tahun, yang tinggal di dalam premis bersama dengan dua orang kanakkanak pada masa serbuan.

Belanda dan negara jiran Belgium telah menjadi pintu masuk utama bagi operasi penyeludup­an dadah ke Eropah, terutama melalui pelabuhan Rotterdam dan Antwerp.

Pihak berkuasa Belanda melakukan satu rampasan besar pada Ogos, membongkar­kan lebih dari lapan tan kokain yang disembunyi­kan dalam satu penghantar­an pisang dari Ecuador, penghantar­an paling besar pernah dilakukan.

Ketamin adalah tidak melanggar undang-undang di bawah undang-undang dadah Belanda, namun ia mungkin tidak akan dijual atau disimpan tanpa pendaftara­n rasmi.

Ia digunakan sebagai dadah rekreasi bagi kesan mengebaska­n dan halusinoge­nik.

Dadah juga boleh digunakan oleh doktor sebagai sejenis anestetik, dan penyelidik sedang memeriksa penggunaan­nya sebagai satu rawatan untuk kesihatan mental.

Pelakon ‘Friends’ Matthew Perry meninggal dunia akibat pengambila­n dos berlebihan ketamin secara tidak sengaja di rumahnya di Los Angeles pada Oktober, menurut pemeriksa perubatan AS, membeikan perhatian terhadap penggunaan dadah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia