Utusan Borneo (Sarawak)

Perancis tahan dua wanita Brazil disyaki terbabit kes bunuh

-

PARIS: Pihak berkuasa Perancis telah menahan dua orang wanita Brazil bagi tuduhan pengedaran dadah selepas seorang rakan wanita telah ditemui mati di sebuh hotel Paris pada hujung minggu , menurut sumber kehakiman.

Wanita itu, yang telah ditahan selepas pembunuhan yang disyaki, telah didakwa pada Khamis selepas mereka memberitah­u penyiasat bahawa mereka dan mangsa telah bertindak sebagai keldai dadah untuk membawa dadah ke Perancis, menurut sumber dekat dengan kes.

Suspek utama dalam kes pembunuhan, seorang lelaki dikaitkan dengan rangkaian pengedaran dadah yang sama, masih dalam buruan, menurut sumber.

Menurut kepada satu sumber polis, lelaki itu telah mendaftar masuk ke hotel bersama dengan mangsa.

Dia telah ditemui dengan “satu kesan luka dalam di bahagian arteri karotid” di bahagian leher pada Sabtu selepas menetap di hotel di barat laut Paris selama kirakira seminggu, menurut sumber.

Dua orang wanita lain, berusia 27 dan 37 tahun, telah ditangkap pada Ahad ketika mereka cuba untuk berlepas keluar dari negara, dua sumber rapat dengan kes berkata.

Pada petang Khamis, wanita itu memberitah­u seorang hakim ia adalah kali pertama mereka bertindak sebagai keldai dadah.

“Saya mempunyai tiga orang anak dan seorang ibu yang menghidap kanser. Hujan memusnahka­n rumah saya pada Disember dan saya mempunyai hutang,” kata wanita berusia 27 tahun.

Wanita berusia 37 tahun meminta maaf, menyatakan dia berhutang wang kepada seseorang yang telah “mengugut” dia.

Seorang pendakwa raya mempertika­ikan mereka harus ditahan buat sementara waktu disebabkan oleh risiko bagi serangan balas dari “orang yang sangat berbahaya” dalam kumpulan dadah.

Seorang hakim mengarahka­n supaya mereka masih dalam tahanan “ketika siasatan diteruskan.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia