Utusan Borneo (Sarawak)

Benzema kembali ke Al-Ittihad 17 hari lewat

-

RIYADH: Pemain penyerang Perancis, Karim Benzema kembali ke Arab Saudi 17 hari selepas dia sepatutnya mendaftar masuk semula dengan kelabnya Al-Ittihad, menurut sumber yang rapat dengan kelab itu memberitah­u AFP kelmarin.

Pihak kelab “berang” dengan tingkah laku bekas bintang Real Madrid itu tetapi dia tidak akan menamatkan kontraknya bulan ini walaupun spekulasi mengaitkan­nya dengan kelab Eropah, tambah sumber itu.

Benzema, 36, pergi bercuti semasa rehat pertengaha­n musim Liga Pro Saudi tiga minggu lalu dan menutup akaun Instagramn­ya, yang diikuti oleh 76 juta pengguna.

Sumber berbeza berkata Benzema, yang memenangi

Ballon d’Or pada 2022 dan dilaporkan dibayar 100 juta euro semusim, telah bercuti di Mauritius sehingga Isnin.

“Benzema tiba petang Khamis, lewat 17 hari. Dia sepatutnya pulang pada 2 Januari,” kata sumber yang rapat dengan kelab itu.

“Kami tidak dapat menghubung­inya selama 10 hari. Pengurusan kelab dan jurulatih berang dengan apa yang berlaku.

“Akan ada mesyuarat dengan lembaga kelab untuk menjelaska­n apa yang berlaku dan membincang­kan masa depannya.”

Sumber itu berkata Benzema masih menjadi kapten Al-Ittihad dan “tiada pilihan” untuknya meninggalk­an kelab itu. Beberapa laporan mengaitkan pemain itu dengan perpindaha­n ke kelab Liga Perdana, Chelsea.

Benzema merupakan salah satu nama terbesar yang berpindah ke liga Saudi tahun lalu, bersama-sama dengan Cristiano Ronaldo, bekas Pemain Bola Sepak Terbaik Afrika , Sadio Mane, bintang Brazil, Neymar dan sejumlah pemain lain. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia