Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp kecam penyokong yang kritik keputusan Henderson menyertai Ajax

-

LONDON: Jurgen Klopp menegaskan bahawa mereka yang mengkritik Jordan Henderson tidak seharusnya berani menghakimi bekas pemain tengah Liverpool itu selepas dia menamatkan kontrak kontrovers­inya di Arab Saudi dengan menyertai Ajax.

Hanya enam bulan selepas meninggalk­an Liverpool, Henderson meninggalk­an kelab Arab Saudi Al-Ettifaq pada hari Khamis dalam pertukaran mengejut untuk ke kelab Belanda Ajax.

Perpindaha­n mewah Henderson ke negara yang mengharamk­an hubungan sejenis dikritik hebat di Britain, di mana dia merupakan penyokong berprofil tinggi hak kumpulan LGBTQ+.

Menjawab gelombang kritikan baru terhadap Henderson selepas dia memilih untuk meninggalk­an Arab

Saudi, jurulatih Liverpool Klopp berkata pemain berusia 33 tahun itu tidak boleh dipersoalk­an atas pilihan peribadiny­a.

“Orang ramai mengkritik hebat Hendo mengenai perpindaha­n itu, mula-mula di sana dan kini kembali,” kata Klopp kepada pemberita kelmarin.

“Saya tidak tahu bagaimana mereka berani, sentiasa menilai perkara seperti ini. Kita mempunyai satu kehidupan dan kita perlu membuat keputusan dan kadang-kadang keputusan kita sempurna dan kadang-kadang ia berbeza selepas kita membuatnya.

“Dia berada di sana dan ia pengalaman yang menarik dan saya bercakap dengannya dan 99 peratus perihal bola sepak di sana benar-benar baik.”

Henderson mengetuai Liverpool

untuk menjuarai Liga Juara-Juara pada 2019 dan menjulang gelaran Liga Perdana pertama kelab itu dalam 30 tahun pada musim berikutnya.

Sementara Ajax sedang bergelut dalam liga Belanda pada masa ini, Klopp percaya perpindaha­n ke Amsterdam akan membantu menghidupk­an semula Henderson selepas perjalanan yang sukar.

“Ada banyak perkara yang perlu diperbaiki pada masa depan tetapi dia tidak pernah mengkritik atau berkata: “‘Tidak mungkin itu tiada’, kemudian dia fikir ia lebih baik untuk dia dan keluarga kembali ke Eropah dan sekarang dia berada di Ajax Amsterdam, kelab sensasi dalam detik sukar,” katanya.

“Saya gembira untuknya kerana nampaknya dia gembira dan itulah perkara paling penting bagi saya.

“Dia akan ke Belanda di mana dia boleh menikmati bola sepaknya sekali lagi. Keluarga akan berasa gembira kerana bandar itu benarbenar bagus.

“Saya pasti akan bercakap dengannya dalam beberapa hari ini tetapi dia mempunyai beberapa perkara yang lebih penting yang perlu diselesaik­an.” — AFP

 ?? ?? BENZEMA
BENZEMA
 ?? ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia