Utusan Borneo (Sarawak)

Tanzania pecat Amrouche dari jawatan jurulatih

-

ABIDJAN: Tanzania kelmarin memecat jurulatih Adel Amrouche selepas dia digantung lapan perlawanan dan didenda AS$10,000 kerana membuat komen tentang Maghribi, kata seorang pegawai Konfederas­i Bola Sepak Afrika (CAF).

Pemecatann­ya disahkan oleh Persekutua­n Bola Sepak Tanzania dengan Hemed Suleiman dinaikkan pangkat daripada penolong jurulatih kepada pengurus sementara bagi baki musim Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Pada Rabu, pasukan Kumpulan F, Tanzania tewas 0-3 kepada Maghribi di Ivory Coast dan menentang Zambia dan Republik Demokratik Congo dalam perlawanan liga mini mereka yang lain.

Sebelum Amrouche dipecat, seorang pegawai CAF berkata “organisasi telah menggantun­g jurulatih selama lapan perlawanan selepas komen yang dibuatnya mengenai pegawai Maghribi dalam wawancara televisyen”.

Amrouche digantung kerja dan didenda selepas Persekutua­n Bola Sepak Diraja Maghribi memfailkan aduan kepada jawatankua­sa disiplin CAF, mendakwa jurulatih itu melanggar kod etika dan kelakuan.

“Persekutua­n Maghribi ialah kuasa yang besar dalam dunia bola sepak Afrika. Maghribi mengurus bola sepak Afrika,” kata Amrouche kepada TV Algeria dalam wawancara pra-Piala Negara.

Amrouche yang berasal dari Algeria mendakwa bahawa pegawai Maghribi dalam CAF dapat memutuskan siapakah pengadil perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan lelaki senior, dan pada pukul berapa mereka bermula.

“November lalu, kami mahu bermain perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Maghribi pada sebelah petang, tetapi CAF menjadualk­an perlawanan itu pada sebelah malam,” kata jurulatih itu. — AFP

 ?? ?? AMROUCHE
AMROUCHE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia