Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan rosak akibat tanah runtuh

Sebahagian besar Jalan Ulu Layar, Betong rosak teruk akibat tanah runtuh kira-kira jam 3 petang kelmarin

-

Sebahagian besar Jalan Ulu Layar, Betong mengalami kerosakan teruk akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira jam 3 petang kelmarin (Sabtu).

Menurut sumber berita Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), lokasi kejadian adalah berhampira­n simpang masuk rumah panjang Nanga Mutok, Layar, Betong.

Sejurus menerima maklumat tentang insiden tersebut, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong telah bergegas ke lokasi kejadian untuk meninjau keadaan tanah runtuh tersebut.

“Sebagai tindakan awal, pihak JKR Bahagian Betong telah memasang garisan dan papan tanda amaran sambil mengingatk­an orang ramai terdapat risiko runtuhan susulan yang dikhuatiri mengakibat­kan jalan tersebut terputus sepenuhnya.

“Tindakan seterusnya iaitu bagi kerja-kerja membaiki jalan tersebut turut dibincangk­an dan dalam perangkaan,” katanya menerusi kenyataan pihaknya.

Terdahulu, Uggah dan rombongan telah selesai melakukan tinjauan kejadian tanah runtuh melibatkan tebing Sungai Layar di bahagian belakang asrama murid Sekolah

Kebangsaan (SK) St John Nanga Tiga, Layar, Betong.

Tinjauan itu bertujuan merangka tindakan bagi mengatasi kejadian hakisan tanah yang menjadi punca tanah runtuh di lokasi tersebut.

Kejadian tanah runtuh tersebut

bagaimanap­un tidak menjejaska­n bangunan asrama murid tersebut.

Turut hadir Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu, Jurutera Bahagian JKR Bahagian Betong Jason Ng Boon Tuan dan Setiausaha Majlis Daerah Betong Lister Clement Guwie.

 ?? Sumbangan UKAS — Gambar ?? MEREKAH: Uggah bergegas ke tempat kejadian di simpang masuk rumah panjang Nanga Mutok, Layar, Betong kelmarin.
Sumbangan UKAS — Gambar MEREKAH: Uggah bergegas ke tempat kejadian di simpang masuk rumah panjang Nanga Mutok, Layar, Betong kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia