Utusan Borneo (Sarawak)

Isu bekalan air, jalan raya banyak dikemuka orang ramai kepada Lee

-

Isu-isu seperti gangguan bekalan air di kawasan kedai, longkang tersumbat dan jalan raya perlu diturap semula merupakan antara isu banyak dikemukaka­n orang ramai kepada wakil rakyat mereka, Dato Sri Lee Kim Shin.

Lee mengetuai sendiri Pasukan Perkhidmat­an Bergerak U2 (Mobile Service2U) mengadakan sesi bersiar-siar bertemu rakyat di Medan Selera, premis-premis makanan serta minuman berhampira­n di Tudan bertemu rakyat dan mendengar segala masalah dan isu dibangkitk­an rakyat di kawasannya.

Menteri Pengangkut­an itu turut duduk bersama dan berbincang dengan orang ramai di kedai kopi dan medan selera untuk mendapatka­n maklum balas mengenai sebarang isu melibatkan mereka.

Terdapat juga beberapa orang awam mendekati

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu dan Ahli-ahli Majlis untuk mengemukak­an isu melanda kawasan kediaman mereka.

Anggota pasukan itu terdiri Ahli-ahli Majlis, ketua pemuda dan wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senadin iaitu Kaunselor

Yap Siew Jin, Kaunselor Toh Kah Shiong dan Kapitan Chai Kuen Ming.

Lee juga meminta Ahli-ahli Majlis dalam pasukannya mengambil isu berkaitan dengan Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan beliau mengambil isu bekalan air berkaitan dengan LAKU.

Pada masa sama, pasukan perkhidmat­an bergerak itu turut mengedarka­n kalendar Pusat Khidmat DUN Senadin 2024 serta topeng muka kepada orang ramai. Kalendar itu disambut meriah oleh pelanggan dan pemilik gerai.

Sempena Tahun Baharu Cina (TBC) bakal tiba, Lee dan anggota pasukan perkhidmat­annya turut mengedarka­n limau mandarin kepada orang ramai.

“Mengambil kesempatan ini, saya mewakili Pasukan Khidmat Bergerak Pusat Khidmat DUN Senadin mengucapka­n Selamat Tahun Baharu 2024 dan Selamat Tahun Baharu Naga Cina kepada semua masyarakat Cina meraikan perayaan ini nanti,” katanya.

 ?? ?? TEMUI RAKYAT: Lee menyampaik­an kalendar 2024 kepada salah seorang pengunjung ditemuinya di sebuah premis makanan dan minuman di Tudan, Miri semalam.
TEMUI RAKYAT: Lee menyampaik­an kalendar 2024 kepada salah seorang pengunjung ditemuinya di sebuah premis makanan dan minuman di Tudan, Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia