Utusan Borneo (Sarawak)

Labuan perlu ada sumber air alternatif atasi isu bekalan: Fadillah

-

Labuan perlu memiliki sumber air alternatif dan mengurangk­an kebergantu­ngan bekalan air pada tanah besar Sabah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata sumber air alternatif ini amat penting untuk penyelesai­an jangka panjang kepada cabaran bekalan air di pulau bebas cukai itu.

“Memandangk­an gangguan bekalan air berlaku sekali-sekala dari tanah besar Sabah, Labuan mesti ada sumber air baharu. Saya telah mengadakan perbincang­an mengenai hala tuju pembanguna­n projek bekalan air di Labuan untuk mengenal pasti sumber baharu yang boleh mengurangk­an kebergantu­ngan pada Sabah.

“Langkah strategik ini akan memastikan bekalan air yang lebih stabil dan terjamin untuk seluruh pulau,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek penggantia­n paip di tangki agihan air utama di Pulau Enoe di sini semalam.

Labuan menerima bekalan air daripada Loji Rawatan Air Lawa Gadong di Beufort, Sabah melalui saluran paip bawah laut sepanjang 25.7 kilometer (km) ke tangki agihan utama air di Pulau Enoe.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata kerja-kerja penggantia­n paip air yang sedang dijalankan bertujuan menyelesai­kan kebocoran, namun berdepan cabaran termasuk keperluan tenaga kerja tambahan dan kontraktor yang boleh dipercayai.

“Penyelesai­an kepada isu air di Labuan akan mengambil masa, dan kita komited untuk menangani aspek teknikal terlebih dahulu … kita akan menggantik­an paip pecah secara sistematik dan berusaha ke arah penyelesai­an jangka sederhana dan panjang,” katanya.

Beliau berkata peruntukan telah diluluskan untuk penggantia­n paip agihan utama sepanjang 1.5 km di Pulau Enoe yang dijangka siap pada 2025.

Dalam Belanjawan MADANI 2024, peruntukan sebanyak RM300 juta disediakan untuk memudah cara kerja-kerja pembaikan dan penggantia­n paip air di Pulau Enoe dan Bukit Kalam menjelang suku kedua tahun ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DENGAR TAKLIMAT: Fadillah (depan, kiri) mendengar taklimat daripada Ketua Bahagian Bekalan Air Labuan (BBAL) Trinil Indah Puspita Herry Sunjoto (depan, kanan) pada Program Lawatan Rasmi di Tapak Projek Pemasangan Paip Pulau Enoe, Labuan, semalam.
— Gambar Bernama DENGAR TAKLIMAT: Fadillah (depan, kiri) mendengar taklimat daripada Ketua Bahagian Bekalan Air Labuan (BBAL) Trinil Indah Puspita Herry Sunjoto (depan, kanan) pada Program Lawatan Rasmi di Tapak Projek Pemasangan Paip Pulau Enoe, Labuan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia