Utusan Borneo (Sarawak)

Bersama menyumbang kurangkan pelepasan karbon: Premier

Sarawak terus agresif tangani perubahan iklim dunia dengan beralih daripada bahan api fosil kepada tenaga diperbahar­ui

- Oleh Marlinda Mardzuki Premier Sarawak

Kita sedang menghadapi cabaran global mengenai perubahan iklim dan semua pihak mesti menyumbang untuk mengurangk­an pelepasan karbon.

KUCHING: Sarawak terus agresif melaksanak­an usahanya untuk menangani perubahan iklim dunia dengan beralih daripada bahan api fosil kepada penggunaan tenaga diperbahar­ui serta kurang karbon.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing demi mewujudkan persekitar­an yang lebih mampan.

“Kita sedang menghadapi cabaran global mengenai perubahan iklim dan semua pihak mesti menyumbang untuk mengurangk­an pelepasan karbon.

“Malah, kita harus bersama-sama memainkan peranan dengan menggunaka­n tenaga diperbahar­ui serta pendekatan diperbahar­ui dalam usaha kita membangunk­an ekonomi,” katanya pada Majlis Malam Gala Amal Malaysia-Korea di Damai Lagoon Resort di Santubong, dekat sini, malam kelmarin.

Abang Johari berkata, Sarawak berusaha sedaya upaya menjadikan negeri ini sifar pelepasan karbon.

“Justeru, saya memuji langkah diambil oleh OCIM Sdn Bhd yang mengambil pendekatan terus dalam inisiatif hijau untuk membantu Sarawak,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Sarawak untuk meningkatk­an kema

hiran supaya dapat bekerjasam­a dengan pelabur dalam dan luar negara yang ingin melabur di negeri ini.

Menurutnya, Sarawak mempunyai banyak peluang untuk kerjasama rantaian bekalan memandangk­an terdapat pelbagai sumber biodiversi­ti di negeri ini dan oleh itu, pemindahan teknologi adalah sangat penting.

“Dalam konteks ini (pemindahan teknologi), OCIM Sdn Bhd sudah melakukann­ya dengan merekrut anakanak tempatan dan bersamasam­a mengeluark­an produk mereka sendiri.

“Saya difahamkan OCIM Sdn Bhd sedang berkembang dan banyak rantaian bekalan yang tersedia di Sarawak yang mana kita boleh menjalinka­n kerjasama,” ujarnya.

Sebagai tuan rumah tambahnya,

rakyat Sarawak perlu berusaha gigih meningkatk­an kemahiran bagi memudahkan kerjasama dengan pelabur luar dan seterusnya menjadi peluang untuk mempelajar­i budaya mereka.

“Malam ini, kita berpeluang melihat gabungan budaya antara orang Korea dan Sarawak.

“Pertukaran budaya yang bermakna adalah penting untuk meluaskan pemahaman kita melangkaui sempadan dan memupuk kerja berpasukan,” ujarnya.

Pada majlis itu sebanyak tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima sumbangan, antaranya Yayasan Ilmu Sarawak berjumlah RM300,000, Generasi Hijau berjumlah RM300,000 manakala Persatuan Bagi Kebajikan Kanak-Kanak Terencat

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Akal (PERKATA) Sarawak sebanyak RM200,000.

Abang Johari turut berjaya mengumpul lebih RM180,000 menerusi persembaha­n nyanyianny­a pada majlis tersebut.

Hadir sama, Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain, Penasihat OCIM Dr Kim Soo Yeon dan pengerusi pengelola Malam Gala Amal MalaysiaKo­rea Puan Sri Datin Amar Nur Ashima Aziz.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari merakam kenangan bersama tetamu kehormat lain dan wakil-wakil penerima dana pada Majlis Malam Gala Amal Malaysia-Korea di Damai Lagoon Resort malam kelmarin.
— Gambar Chimon Upon UNTUK ALBUM: Abang Johari merakam kenangan bersama tetamu kehormat lain dan wakil-wakil penerima dana pada Majlis Malam Gala Amal Malaysia-Korea di Damai Lagoon Resort malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia