Utusan Borneo (Sarawak)

Dua PPS mangsa banjir Debak ditutup serentak

-

Kedua-dua Pusat Penempatan Sementara (PPS) digunakan untuk mangsa-mangsa banjir di Debak ditutup serentak sekitar jam 12.00 tengah hari semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Debak, Lt (PA) Nur Fikry Usop memberitah­u semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing.

Kedua-dua PPS iaitu Dewan Millennia Debak menempatka­n seramai 141 mangsa dengan 39 keluarga manakala Dewan Perpaduan Debak menempatka­n seramai 263 mangsa dengan 81 keluarga dan semua mangsa seramai 404 orang dan 120 keluarga sebelum penutupan.

“Banjir berlaku kali ini amat luar biasa setelah hujan turun lebat petang Khamis lalu dan air naik mendadak di kawasan Kampung Melayu Debak iaitu Kampung Lalang, Bungey dan Kampung Babu memaksa pembukaan PPS bagi menempatka­n mangsa banjir.

“Berikutan itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Debak bertindak pantas membantu memindahka­n mangsa banjir selain mengalihka­n barangan tempat tinggi lebih selamat,” katanya.

Beliau memberitah­u demikian ketika dihubungi selepas penutupan PPS di Debak semalam.

Katanya, pelbagai agensi berkaitan dan NGO turun padang membantu mangsamang­sa banjir termasuk bantuan dalam bentuk makanan, barangan keperluan dan sumbangan tenaga.

“Kita amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak membantu dalam usaha menjaga kebajikan dan menghulurk­an sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Jawatankua­sa Pengurusan Bencana (JPB) Daerah Betong akan bermesyuar­at membentang­kan laporan dan tindakan diambil untuk menambah baik fasiliti di kedua-dua PPS terbabit,” jelasnya.

Penutupan kedua-dua PPS itu disempurna­kan oleh Pegawai Daerah Betong, Alfred Geling Ason turut dihadiri ahli-ahli JPB lain pada majlis ringkas semalam.

 ?? ?? TUTUP: Alfred menyempurn­akan majlis penutupan PPS di Dewan Perpaduan Debak menempatka­n mangsa-mangsa banjir.
TUTUP: Alfred menyempurn­akan majlis penutupan PPS di Dewan Perpaduan Debak menempatka­n mangsa-mangsa banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia