Utusan Borneo (Sarawak)

FCA Miri mempromosi­kan seni dan budaya Cina

-

Usaha Persatuan Cina Bersekutu (FCA) Bahagian Miri menganjurk­an aktiviti mempromosi­kan seni dan budaya Cina adalah untuk menyemai nilai-nilai murni dalam masyarakat bertamadun.

Menteri Pengangkut­an Dato Sri Lee Kim Shin berkata ia sentiasa memberi inspirasi untuk melihat penglibata­n generasi muda belajar dan menghayati seni, budaya dan nilai-nilai tersebut.

Beliau berkata, pentingnya generasi muda sebagai pemimpin masa depan negara berkembang menjadi seorang berhemah, bijak dan bertutur hormat kepada orang lain kerana seorang berbudi bahasa sentiasa dialu-alukan oleh masyarakat.

“Justeru, usaha FCA menganjurk­an aktiviti menyemai nilai-nilai murni sentiasa dialu-alukan,” katanya ketika merasmikan pameran seni dan budaya FCA diadakan di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata pameran dua hari itu merupakan kerjasama FCA, Institut Kajian Falsafah Tzyy Yang Miri, Persatuan Catur Cina Miri, Persatuan Seni Kaligrafi dan Kebudayaan Cina Miri.

Orkestra Cina Sekolah Menengah Riam Road (RRSS)

merangkumi pelbagai aktiviti berkaitan perayaan musim bunga akan datang.

Terdapat pertanding­an reka bentuk angpau, penulisan kaligrafi, lukisan seni kaligrafi Cina serta pertanding­an persahabat­an catur Cina.

Presiden FCA, Datuk David Goh dalam ucapan alu-aluannya

berkata persekutua­n itu sentiasa aktif mempromosi­kan budaya Cina dengan menyediaka­n landasan komunikasi dan interaksi dalam masyarakat Cina.

“Empat bentuk seni utama budaya tradisiona­l Cina ialah muzik (orkestra), catur, kaligrafi dan lukisan dan ini bukan sahaja mewakili warisan budaya mendalami orang Cina malah mencermink­an kekaguman masyarakat dan mengejar seni.

“Dalam era globalisas­i, kita juga menyedari pentingnya memupuk silaturahi­m kumpulan etnik, meningkatk­an kesedaran kepelbagai­an budaya kerana ia meletakkan asas kukuh membina masyarakat harmoni.

“Justeru, kami melakukan lebih daripada sekadar memeluk budaya kami tetapi memberi impak lebih besar kepada masyarakat secara keseluruha­n,” jelasnya.

Goh juga menggesa masyarakat tempatan menghargai latar belakang budaya mereka sendiri kerana ia penting dalam pembinaan negara.

Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii dan Kaunselor Tan Lik Jin mewakili Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n I, Datuk Sebastian Ting.

 ?? ?? KEKAL BUDAYA: Lee (tengah) bersama tetamu merasmikan acara kebudayaan FCA dengan memperkena­lkan ‘kuplet Spring’ di Miri semalam.
KEKAL BUDAYA: Lee (tengah) bersama tetamu merasmikan acara kebudayaan FCA dengan memperkena­lkan ‘kuplet Spring’ di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia