Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU rancang kerjasama dengan tiga PBT anjur program pagi bebas kenderaan

-

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merancang untuk bekerjasam­a dengan tiga lagi pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini bagi program Kuching Car Free Morning (KCFM).

Datuk Bandar DBKU Hilmy Othman berkata program KCFM merupakan program yang paling digemari oleh warga kota sejak dilaksanak­an dua tahun lalu.

Katanya bermula dengan hanya sekali pada setiap bulan, program KCFM kini diadakan dua kali sebulan iaitu pada hari Ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

“Seperti dimaklumka­n Premier, Kuching bukan sahaja terdiri daripada DBKU tetapi juga Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) dan Majlis Perbandara­n

Kota Samarahan (MPKS).

“Dengan itu, Kuching menjadi satu kawasan yang besar dan kita akan bekerjasam­a dengan MBKS, MPP dan juga MPKS supaya program KCFM ini boleh dijayakan dengan serentak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada acara pelepasan Program KCFM bagi edisi 2024 di pekarangan Tugu Pahlawan di sini semalam yang dihadiri Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Ujar Hilmy lagi, acara yang diadakan pada pagi ini adalah sebagai pembuka tirai bagi program KCFM tahun 2024.

Lebih daripada 1,000 warga kota memeriahka­n program tersebut semalam yang turut diserikan dengan acara sen

amrobik, perarakan ‘marching band’, acara berbasikal dan acara berjalan kaki.

Program ini bermula pada jam 6.30 pagi hingga 10 pagi melibatkan laluan dari Muzium Sarawak ke Padang Merdeka hingga ke Tebingan Kuching, Jambatan Darul

Hana hingga ke Dataran Ibu Pertiwi.

Dalam pada itu, bagi menyerikan lagi program KCFM, DBKU tahun ini akan melibatkan warga lain khususnya daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk turut serta dalam acara ini.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? BEBAS KENDERAAN: Warga kota sertai acara berjalan kaki sempena porgram Kuching Car Free Morning semalam.
— Gambar Roystein Emmor BEBAS KENDERAAN: Warga kota sertai acara berjalan kaki sempena porgram Kuching Car Free Morning semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia