Utusan Borneo (Sarawak)

Laluan 26km khas untuk berbasikal dan pejalan kaki

Laluan di Jalan Sultan Tengah, bermula dari bulatan Yayasan Sarawak hingga Damai dinaik taraf untuk tujuan itu

- Oleh Agnes Tugong Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi

KUCHING: Jalan Sultan Tengah, bermula dari bulatan Yayasan Sarawak hingga Damai, akan dinaik taraf bagi mewujudkan laluan khas untuk berbasikal yang pertama, demi keselamata­n pengguna.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata laluan sepanjang 26 kilometer (km) ini bukan sahaja akan dinaik taraf dengan laluan khas berbasikal tetapi juga pejalan kaki.

“Kali ini, pendekatan kita apabila membina laluan baharu pada masa depan adalah membina laluan khas berbasikal dan laluan pejalan kaki untuk keselamata­n.

“Salah satu contoh projek terkini ialah projek menaik taraf Jalan Sultan Tengah bermula dari bulatan Yayasan Sarawak sehingga Damai.

“Saya baru diberi taklimat minggu lepas daripada Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) bahawa laluan itu akan menjadi laluan pertama menyediaka­n laluan khas berbasikal sepanjang 26km,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pada Program Kuching Car Free Morning (KCFM) di pekarangan Tugu Pahlawan di sini semalam yang turut dihadiri Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman.

Ujar Dr Abdul Rahman lagi, bandar raya Kuching semakin popular dengan aktiviti berbasikal dan sebab itu, Kerajaan Sarawak melalui Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) membuat perancanga­n untuk menyediaka­n laluan khas berbasikal

dan pejalan kaki ini.

Mengenai program KCFM yang berlangsun­g pagi semalam, Dr Abdul Rahman

mengajak semua warga kota termasuk pelancong untuk menyertain­ya pada edisi seterusnya iaitu pada setiap

Ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

Program KCFM ini, kata Dr Abdul Rahman adalah salah satu usaha DBKU untuk meningkatk­an keceriaan dan keistimewa­an yang ada di bandar raya Kuching terutama dari sudut pelanconga­n.

“Kalau kita lihat sekeliling laluan yang ditetapkan untuk program KCFM ini, ia merangkumi kawasan-kawasan yang penting dari segi tarikan pelanconga­n.

“Ada Muzium Budaya Borneo, Kubu Margherita,

Jambatan Darul Hana, Dataran Ibu Pertiwi dan sebagainya yang dapat menarik pelancong sambil beriadah,” katanya.

Dr Abdul Rahman bersama Hilmy turut serta dalam acara senamrobik sebelum melepaskan peserta perarakan ‘marching band’ dan berjalan kaki seterusnya turut berbasikal menuju ke Tebingan Kuching ke Pangkalan Sapi dari Tugu Pahlawan.

“Kali ini, pendekatan kita apabila membina laluan baharu pada masa depan adalah membina laluan khas berbasikal dan laluan pejalan kaki untuk ” keselamata­n. Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? CERGAS: Dr Abdul Rahman (kiri) dan Hilmy (kanan) turut serta dalam acara berbasikal sempena program Kuching Car Free Morning semalam.
— Gambar Roystein Emmor CERGAS: Dr Abdul Rahman (kiri) dan Hilmy (kanan) turut serta dalam acara berbasikal sempena program Kuching Car Free Morning semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia