Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat pelbagai kaum dan agama diseru agar saling menghormat­i: Harden

-

Masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri ini diseru agar saling hormat menghormat­i bagi menyumbang kepada pembentuka­n masyarakat harmoni dan aman sejahtera.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Francis Harden Hollis berkata, adalah menjadi tanggungja­wab semua masyarakat memastikan keamanan dikecapi sekarang berkekalan.

“Kalaulah masyarakat kita tidak menghormat­i agama, kepercayaa­n atau tradisi kaum-kaum di negeri ini sudah tentu tiada perpaduan antara kita.

“Oleh itu, sikap toleransi amat diperlukan bagi memastikan negeri dan negara kita terus mengecapi kemajuan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Restoran Golden City, Sri Aman dekat sini.

Menurutnya, rakyat negeri ini amat bertuah kerana dapat hidup dalam sebuah

masyarakat majmuk yang terdiri daripada penganut agama Kristian, Islam, Buddha dan sebagainya dan saling hormat menghormat­i antara satu sama lain.

“Sikap seperti inilah yang kita inginkan sekali gus memupuk semangat perpaduan. Kita bersyukur kerana perpaduan menerusi faktor keagamaan ini jelas terbukti ketika masyarakat berbilang kaum menyambut perayaan utama secara

bersama.

“Kita harus berbangga kerana dapat meraikan semua perayaan masyarakat berbilang kaum di negeri ini seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya, Hari Gawai, Deepavali, Krismas dan sebagainya.

“Menerusi perayaan ini, masyarakat kita mempraktik­kan amalan kunjung mengunjung ke rumah rakan-taulan berbeza agama dan bangsa.

“Saya menyeru amalan sebegini diteruskan agar rakyat Malaysia dilimpahi rahmat dan kemajuan,” jelasnya.

Hadir sama Wali Kota Majlis Daerah Sri Aman Anthony Abell Chendan, The Reverened Jackson Jarau dari Gereja St Luke Sri Aman, Temenggung Kueh Aik Seng, Penghulu Tiong Chong Onn, pemilik Restoran Golden City serta yang lain.

 ?? ?? SELAMAT TAHUN BAHARU: Harden (tengah), Kueh (tiga kiri), Tiong (kiri), Anthony (dua kanan) serta yang lain melaungkan ‘Yee Sang’ pada majlis tersebut.
SELAMAT TAHUN BAHARU: Harden (tengah), Kueh (tiga kiri), Tiong (kiri), Anthony (dua kanan) serta yang lain melaungkan ‘Yee Sang’ pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia