Utusan Borneo (Sarawak)

RM33 juta untuk menangani banjir di Kampung Jeriah

Peruntukan yang dipohon melalui Jabatan JPS itu diluluskan kerajaan pada pertengaha­n tahun lalu: Dr Annuar

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Peruntukan berjumlah RM33 juta untuk menangani masalah banjir di Kampung Jeriah diluluskan kerajaan pada pertengaha­n tahun lalu, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat I Datuk Dr Annuar Rapaee.

Beliau berkata, peruntukan tersebut dipohon melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan sejumlah RM2 juta diluluskan pada peringkat pelan dan reka bentuk.

Katanya, baki sejumlah RM31 juta lagi dipohon secara berperingk­at oleh JPS.

“Sudah pasti projek bernilai sebesar itu tidak mungkin terus siap dalam tempoh singkat.

”Tetapi saya memahami kesengsara­an dialami penduduk di sini, sebab itu langkah jangka panjang dan pendek dicadangka­n kepada mereka dan saya harap mereka bersetuju,” katanya menerusi hantaran video di laman Facebook rasminya, semalam.

Justeru, sebarang kenyataan mengatakan beliau tidak menunaikan janji bagi menyelesai­kan masalah lama membelengg­u penduduk Kampung Jeriah itu adalah tidak benar.

Dalam video itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu dilihat mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Jeriah yang terjejas.

Katanya, mereka yang terjejas melibatkan penduduk Lorong 2B dan Lorong 8.

Bagi Lorong 2B, ketinggian hujung jalan dinaikkan, paras jalan juga dinaikkan agar air tidak melimpah ke seberang jalan, membina parit baharu dan membina benteng.

Bagaimanap­un katanya, sebuah rumah di kawasan terbabit mungkin terpaksa dipindahka­n atas faktor mendapan tanah.

“Saya mencadangk­an kepada pemilik kediaman berpindah dan mereka bersetuju dan kami bekerja ke arah itu,” katanya.

Bagi Lorong 8, Dr Annuar mencadangk­an beberapa keluarga tinggal serumah yang tinggal di tingkat bawah diberikan lot tanah untuk membina rumah di tempat lain.

Bagaimanap­un, beliau

Sudah pasti projek bernilai sebesar itu tidak mungkin terus siap dalam tempoh singkat.

Datuk Dr Annuar Rapaee

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat I

mengakui masalah banjir di kampung tersebut belum menemui jalan penyelesai­an walaupun sejumlah RM20 juta dibelanjak­an bagi meningkatk­an sistem saliran.

“Ini merupakan tindakan segera tetapi untuk mereka mengatakan kami tidak melakukan apa-apa di tempat ini namun kami membelanja­kan RM20 juta.

”Semua ini meningkatk­an sistem saliran tetapi masih belum berakhir, saya bersetuju projek itu belum menyelesai­kan keseluruha­n isu di kawasan itu,“jelasnya.

 ?? ?? JUMPA PENDUDUK: Dr Annuar berjumpa dengan penduduk Kampung Jeriah, Sibu yang terjejas banjir semalam.
JUMPA PENDUDUK: Dr Annuar berjumpa dengan penduduk Kampung Jeriah, Sibu yang terjejas banjir semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia