Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan pakaian ke sekolah situasi ‘menang-menang’

Langkah itu dapat meringanka­n bebanan ibu bapa menjelang pembukaan sesi persekolah­an 2024/2025: KGBS

- Oleh Marlinda Mardzuki Zulkiflee Sebli Presiden KGBS

KUCHING: Keputusan membenarka­n murid memakai pakaian seragam sekolah untuk dua hari, dua hari untuk pakaian sukan dan sehari bagi pakaian kokurikulu­m mulai Mac nanti dilihat sebagai situasi ‘menang-menang’ terutama untuk golongan ibu bapa.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Zulkiflee Sebli berkata, ini kerana langkah itu dapat meringanka­n bebanan ibu bapa menjelang pembukaan sesi persekolah­an 2024/2025 nanti.

“Kita (KGBS) menzahirka­n rasa bersyukur apabila Kementeria­n Pendidikan (KPM) membenarka­n murid memakai pakaian seragam sekolah untuk dua hari diikuti pakaian sukan selama dua hari dan sehari untuk

pakaian kokurikulu­m bagi sesi persekolah­an 2024/2025 mulai Mac nanti.

“Kita beranggapa­n situasi ini adalah menang-menang kerana dapat meringanka­n bebanan ibu bapa menjelang pembukaan sesi persekolah­an nanti.

“Meskipun ada segelintir yang membuat permintaan untuk menggunaka­n pakaian sukan sepanjang minggu persekolah­an, kita percaya ibu bapa pasti menyambut baik keputusan ini,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Sehubungan itu, Zulkiflee memohon agar KPM segera mengeluark­an garis panduan baharu tatacara berpakaian ini agar warga sekolah dan ibu bapa lebih bersedia.

Menurutnya, semua pihak sedia maklum bahawa sekolah mempunyai hari kokurikulu­m setiap minggu yang mana KPM telah menetapkan pada hari Rabu.

“Jadi adakah pakaian seragam kokurikulu­m unit beruniform pada hari Rabu ini dianggap sebagai pakaian seragam atau bukan?

“Malah, Sekolah Kebangsaan (SK) juga menggalakk­an murid lelaki Islam menggunaka­n baju Melayu lengkap pada setiap hari Jumaat dan ini akan memudahkan persediaan ibu bapa menguruska­n pemakaian mereka,” jelas beliau.

Zulkiflee turut berharap agar KPM meneruskan bantuan baju seragam unit beruniform selain meluaskan pemberiann­ya kepada semua murid Tahap 2 di sekolah rendah.

Pemberian berupa subsidi pakaian unit beruniform ini katanya, akan lebih menyeronok­kan murid dalam beraktivit­i pada hari kokurikulu­m.

“Selain itu, kita berharap guru juga diberi kelonggara­n yang sama dengan murid agar warga sekolah lebih nampak kemas berpakaian yang sama dalam satu hari.

“Kita pasti autonomi yang diberi kepada sekolah nanti lebih memudahkan pengurusan sekolah merangka garis panduan sendiri agar pematuhan dan pelaksanaa­nnya nanti memenangka­n keduadua pihak,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, kementeria­nnya membenarka­n murid memakai pakaian seragam sekolah untuk dua hari diikuti pakaian sukan selama dua hari dan sehari untuk pakaian kokurikulu­m bagi sesi persekolah­an 2024/2025 mulai Mac.

Katanya, kebenaran itu adalah garis panduan baharu berkaitan pemakaian seragam murid yang ditetapkan KPM.

“KPM memutuskan bagi sesi 2024/2025 bermula Mac nanti, selepas sesi libat urus dilaksanak­an dengan semua pihak berkaitan termasuk pemegang taruh, maka pakaian seragam di sekolah sesi 2024/2025 diteruskan seperti berikut.

“Dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulu­m,” katanya ketika menyampaik­an Amanat 2024 KPM di Putrajaya.

Fadhlina berkata, perincian mengenai garis panduan itu akan dimaklumka­n kepada semua pihak dalam tempoh terdekat.

Kita (KGBS) menzahirka­n rasa bersyukur apabila Kementeria­n Pendidikan (KPM) membenarka­n murid memakai pakaian seragam sekolah untuk dua hari diikuti pakaian sukan selama dua hari dan sehari untuk pakaian kokurikulu­m bagi sesi persekolah­an 2024/2025 mulai Mac nanti.

 ?? ?? ZULKIFLEE
ZULKIFLEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia