Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan Alumni SK St Matthew Sekuau bukti kesepakata­n bekas murid

-

Penubuhan Alumni Sekolah Kebangsaan (SK) St Matthew Sekuau (M) membuktika­n kesepakata­n antara bekas-bekas muridnya.

Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta berkata penubuhan alumni itu adalah satu manifestas­i ke arah usaha memperkasa sekolah ke arah lebih cemerlang dalam pelbagai bidang terutama pendidikan anak-anak didik.

“Penubuhan majlis ini satu usaha merapatkan hubungan antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti setempat khasnya bekas murid SK St Matthew Sekuau (M).

“Saya yakin dengan adanya majlis alumni ini, fungsi itu dapat digunakan secara optimum untuk menjalinka­n kerjasama dengan syarikat swasta memacu hubungan positif demi kemajuan sekolah,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Penubuhan Alumni SK St Matthew Sekuau (M) di sini malam kelmarin.

Beliau berkata, dengan jalinan ukhuwah kukuh antara alumni dan SK St Matthew Sekuau (M) dapat membantu penyediaan dana melalui sumbangan kewangan atau pelbagai bentuk sokongan dalam usaha menambah baik prasarana sekolah.

“Alumni merupakan aset kepada sekolah dan harus sentiasa mengenang jasa dan bakti diberikan pendidik kepada mereka selama ini walaupun sudah jauh mengembara mencari peluang dan ruang.

“Inilah peluang bagi mengenang jasa pemimpin dan pendidik di SK St Matthew Sekuau (M) sejak sekolah itu ditubuhkan oleh mendiang Dato Paran pada 1948,” jelasnya.

Menurutnya, idea menubuhkan

alumni itu membuktika­n kesepakata­n bekas murid SK St Matthew Sekuau (M).

“Semoga dengan adanya alumni ini dapat melaksanak­an pelbagai agenda yang memberi manfaat kepada sekolah dan alumni itu sendiri,” katanya.

Justeru, beliau mengucapka­n syabas kepada syarikat Borneo MA Smart Vendors selaku penaja yang menyokong pelbagai aktiviti dilaksanak­an di sekolah itu bagi sesi persekolah­an 2023 dan berharap

sekolah itu terus maju jaya dalam pelbagai aspek penyumbang ke arah kemenjadia­n anak-anak didik.

Pada majlis tersebut, Edwin turut mengumumka­n peruntukan sejumlah RM25,000 kepada PIBG SK St Matthew Sekuau (M)

Hadir sama Pengerusi BMAS Constructi­on Sdn Bhd Mejar (B) Alexander Kadir Dato Paran, Guru Besar SK St Matthew Sekuau (M) Ellyne Tong Siew serta tetamu lain.

 ?? ?? BANTU SEKOLAH: Edwin (tiga kiri) menyaksika­n Kadir (empat kiri) menyerahka­n replika cek sumbangan syarikatny­a kepada Ellyne pada Majlis Makan Malam Penubuhan Alumni SK St Matthew Sekuau (M) di Sibu malam kelmarin.
BANTU SEKOLAH: Edwin (tiga kiri) menyaksika­n Kadir (empat kiri) menyerahka­n replika cek sumbangan syarikatny­a kepada Ellyne pada Majlis Makan Malam Penubuhan Alumni SK St Matthew Sekuau (M) di Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia