Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan bahagi peruntukan MRP secara tunai

Zahir peruntukan kerajaan dalam bentuk barangan ikut keperluan penduduk kampung, rumah panjang

- Oleh Ambrose Rirang

Saya mengingatk­an semua terutama JKKK di setiap rumah panjang agar tidak membahagik­an peruntukan ini secara tunai, sebaliknya manfaatkan bagi membeli keperluan mendesak penduduk.

Dato Sri John Sikie Tayai Menteri di Jabatan Premier Sarawak

Seramai 53 orang PPS dan penolong IPD Sri Aman sertai sesi perjumpaan

BINTULU: Setiap Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) harus memastikan bantuan projek kecil luar bandar (MRP) yang diagihkan kepada mereka tidak dibahagika­n secara tunai, kata Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai.

Sebaliknya menurut beliau, zahirkan peruntukan yang diberikan kerajaan dalam bentuk barangan mengikut keperluan penduduk kampung atau rumah panjang berkenaan.

“Saya mengingatk­an semua terutama JKKK di setiap rumah panjang agar tidak membahagik­an peruntukan ini secara tunai, sebaliknya manfaatkan bagi membeli keperluan mendesak penduduk,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap semasa meny

erahkan bantuan MRP di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tatau di sini kelmarin.

Dalam acara berkenaan, sebanyak RM267,000 disalurkan kepada 12 penerima

geran yang terdiri daripada JKKK rumah panjang dan kampung, persatuan, biro wanita serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Contoh terbaik katanya,

bagi yang sedang dalam proses membina rumah panjang yang baharu, gunakan peruntukan yang diberikan bagi membeli bahan-bahan binaan contohnya simen, jubin dan sebagainya yang mana semuanya atas persetujua­n daripada JKKK rumah panjang tersebut.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa peruntukan disalurkan hendaklah digunakan bagi tujuan pembanguna­n sesebuah rumah panjang dan jangan salah guna peruntukan MRP yang diberikan,” tegasnya.

Beliau dalam ucapannya berkata, selain bantuan Penambahba­ikan Rumah

Miskin Sarawak (PPRMS) pada tahun ini, pinjaman membina rumah panjang daripada Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) Sarawak dinaikkan daripada RM30,000 kepada kepada RM50,000 pada tahun ini bagi meringanka­n beban penduduk.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan, Pegawai Tadbir Daerah Tatau Winnie Dian dan Pemanca Gerosen Jubin.

SRI AMAN: Seramai 53 orang Pegawai Perhubunga­n Sekolah (PPS) dan penolong pegawai perhubunga­n sekolah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman menyertai sesi perjumpaan dan taklimat di sini Jumaat lalu.

Perjumpaan tersebut merupakan kali pertama bersama dengan semua PPS dilantik untuk 2024.

Terdahulu, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Daerah (KBPJKKD) Inspektor Wealy James menyampaik­an taklimat serta penerangan berhubung tugas dan tanggungja­wab PPS agar semua cakna dengan peranan masing-masing setelah dilantik sebagai PPS di 53 buah sekolah di bawah pentadbira­n IPD Sri Aman.

Pelantikan PPS itu adalah daripada kalangan Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis lain-lain pangkat IPD Sri Aman.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie.

 ?? ?? TERIMALAH: Sikie menyampaik­an cek geran MRP kepada salah seorang penerima pada majlis berkenaan.
TERIMALAH: Sikie menyampaik­an cek geran MRP kepada salah seorang penerima pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia