Utusan Borneo (Sarawak)

Sediakan bilik atau ruang latih atlet e-sukan

Abdul Taib Rosli berpendapa­t Dewan Suarah Sibu antara tempat yang sesuai untuk tujuan latihan e-sukan

- Oleh Borhaniza Ali Basah Presiden SDESA

Dewan Suarah Sibu hanya perlu menyediaka­n ruang atau bilik kecil untuk dijadikan pusat latihan.

SIBU: Presiden Persatuan Esukan Bahagian Sibu (SDESA) Abdul Taib Rosli mencadangk­anagardise­diakanbili­k atau ruang di Dewan Suarah Sibuuntukd­igunakanme­latih atlet e-sukan.

Abdul Taib Rosli

Beliau berpendapa­t Dewan Suarah Sibu adalah antara tempat yang sesuai untuk tujuan latihan e-sukan.

“Dewan Suarah Sibu hanya perlu menyediaka­n ruang atau bilik kecil untuk dijadikan pusat latihan.

“Ia lebih mudah untuk diselia kerana dewan suarah itu juga di bawah seliaan Kementeria­n Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan, yang juga menjaga sukan,” katanya kepada The Borneo Post semalam.

Abdul Taib menganggap pusat beli-belah adalah tempat yang sesuai untuk pertanding­an e-sukan.

Beliau mengulas komen Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah baru-baru ini bahawa e-sukan akan dimasukkan ke dalam edisi Sukan Sarawak (SUKSAR) akan datang jika perlu.

“Sudah tentu jika ada keperluan.E-Sukan adalah dalam SUKMA (Sukan Malaysia) dan juga dalam Sukan SEA.

“Apabila semua bahagian di Sarawak bersedia untuk e-sukan... kita akan ada di SUKSAR,” kata Abdul Karim ketika itu.

Abdul Taib memuji ini sebagai satu berita baik.

“Ini sememangny­a berita yang dialu-alukan, apabila menteri berhasrat untuk memasukkan e-sukan dalam SUKSAR.

“Selain dapat mengasah bakat dan kemahiran atlet muda masa depan, ia juga secara tidak langsung dapat memartabat­kan sukan ini ke peringkat seterusnya,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 13 sukan dipertandi­ngkan pada SUKSAR III yang diadakan di sini dari 15 hingga 18

Januari lalu.

Antara sukan-sukan itu ialah berbasikal, angkat berat, bola tampar, bola keranjang, futsal,

sepak takraw, hoki, wushu, taekwondo, tinju, judo, pencak silat dan karate.

Seramai 1,365 atlet dari

empat zon iaitu Utara, Selatan, Barat dan Tengah bertanding dalam 13 sukan pada SUKSAR kali ini.

 ?? ?? SEMAKIN BERKEMBANG: Pemain yang bertanding dalam Sibu Esports Mania tahun lepas.
SEMAKIN BERKEMBANG: Pemain yang bertanding dalam Sibu Esports Mania tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia