Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga beranak teruskan tradisi pembuatan kavadi bulu merak

-

KUALA LUMPUR: Pada Hari Thaipusam, penganut Hindu berpakaian warna kuning dan mencalit badan mereka dengan abu suci, membawa kavadi sambil menjunjung belanga mengandung­i susu berjalan menuju ke kuil sambil menahan kesakitan bagi menunaikan nazar mereka.

Dalam bahasa Tamil, kavadi bermaksud beban atau memikul berat di bahu sebagai tanda pengorbana­n dan penghormat­an kepada dewa Hindu, Dewa Murugan kerana nazar dimakbulka­n.

Meskipun terdapat berbagai-bagai jenis kavadi, pembuat kavadi K.Selvaraja berazam untuk hanya menghasilk­an kavadi daripada bulu burung merak atau “Mayil Kavadi” sebagai simbol memelihara tradisi memandangk­an burung berkenaan dikatakan suci kerana ditunggang Dewa Murugan.

Selvaraja, 54, berkata kecintaann­ya terhadap pembuatan kavadi bulu merak tidak pernah luput sejak mempelajar­i seni berkenaan daripadany­a mendiang bapanya kira-kira 25 tahun lepas dan kini diwarisi oleh dua anak lelakinya, S.Teenesh, 27, and S.Satish Raj, 25.

“Sejak dari dahulu, saya hanya menghasilk­an kavadi merak kerana kavadi asli dihasilkan daripada bulu merak selain bulu merak lebih cantik dan semula jadi.

“Kebanyakan kavadi saya disewa oleh penganut yang mahu menunaikan nazar di Kuil Sri Subramania­r

Swamy, Batu Caves, Selangor memandangk­an kavadi bulu merak sangat terkenal di kuil berkenaan untuk Thaipusam setiap tahun sejak dahulu lagi,” katanya kepada Bernama.

Kavadi dihasilkan ketiga-tiga beranak berkenaan mendapat permintaan tinggi setiap tahun, malah turut menerima tempahan daripada luar negara termasuk Afrika Selatan dan Mauritius.

Sementara itu, Satish Raj berkata untuk menjadikan kavadi bulu merak kelihatan lebih menarik terutama pada waktu malam, mereka menghiasny­a dengan diod pemancar cahaya (LED).

“Kami mendapatka­n LED dan bulu merak dari India. Lazimnya, kami menggunaka­n

1,000 hingga 3,000 helai bulu merak bagi menghasilk­an sebuah kavadi dan kira-kira 10,000 helai bulu merak bagi tujuh kavadi,” katanya.

Menurut Satish Raj, bagi tahun ini, setiap kavadi disewakan pada harga sekitar RM800 hingga RM1,300 bergantung kepada saiz dan reka bentuknya.

Selain kavadi merak, terdapat juga “Paal Kavadi” (menjunjung belanga berisi susu lembu), “Panneer Kavadi” (membawa air suci dan air mawar), “Karambu Kavadi” (dibawa oleh ibu bapa yang dikurniaka­n anak dengan meletakkan bayi mereka di dalam kain kuning dan diikat pada tebu lalu diusung ke kuil untuk menyatakan terima kasih mereka) serta “Pushpa

Kavadi” (kavadi bunga).

Thaipusam disambut oleh penganut Hindu di seluruh dunia setiap tahun pada bulan Thai dalam kalendar Tamil untuk memperinga­ti peristiwa Dewi Parvati memberikan ‘vel’ atau lembing kepada anak lelakinya, Dewa Murugan sebagai penjelmaan ‘shakti’ atau kuasanya bagi menghapusk­an kuasa jahat Soorapadma­n dan mengembali­kan kemakmuran serta kesejahter­aan.

Selain Batu Caves, Thaipusam yang jatuh pada 25 Jan tahun ini turut disambut secara besar-besaran di Kuil Sri Arulmigu Balathanda­yuthabani, Pulau Pinang dan Kuil Arul Subramania­r yang terletak di kawasan batu kapur Gunung Cheruh di Ipoh, Perak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MEMELIHARA TRADISI: Pembuat Kavadi, K. Selvaraja Kaliya (kiri) bersama anak lelakinya, S.Teenesh menunjukka­n sebahagian kavadi yang dihasilkan ketika ditemui di kediamanny­a dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama MEMELIHARA TRADISI: Pembuat Kavadi, K. Selvaraja Kaliya (kiri) bersama anak lelakinya, S.Teenesh menunjukka­n sebahagian kavadi yang dihasilkan ketika ditemui di kediamanny­a dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia