Utusan Borneo (Sarawak)

Tanah runtuh di jalan utama menuju ke Rumah Ampit

-

KOTA KINABALU: Sebuah bot nelayan tempatan ditahan pasukan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Labuan dalam operasi kira-kira jam 5.43 petang kelmarin.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, bot terbabit ditahan di posisi 10.2 batu nautika utara Tanjung Luk Pisuk Tuaran.

Katanya, bot berkenaan dikesan hasil pemantauan radar Sistem Pengawasan Laut Sabah (SWASLA) berikutan pergerakan bot yang mencurigak­an dari perairan Filipina menuju masuk ke perairan Kota Kinabalu.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n mendapati nama juragan tiada dalam salinan lesen bot. Selain itu, 12 penumpang turut mengemukak­an dokumen pengenalan diri yang meragukan.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati seorang penumpang mengemukak­an kad pengenalan Malaysia, seorang mengemukak­an dokumen pas lawatan sosial, empat orang mengemukak­an sijil lahir dan selebihnya gagal

mengemukak­an sebarang dokumen pengenalan diri.

“Kesemua mereka berumur lingkungan 14 hingga 70 tahun. Salah seorang penumpang berusia 52 tahun didapati cacat penglihata­n,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, sebuah keluarga terdiri daripada bapa bersama seorang anak lelaki

dan dua anak perempuan berumur lingkungan 14 -23 tahun.

Menurutnya, empat wanita warga emas berumur lingkungan 55 hingga 66 tahun turut berada dalam bot terbabit.

Katanya, juragan, penumpang dan bot ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta

JULAU: Satu kejadian tanah runtuh berlaku di jalan utama menuju ke Rumah Ampit, Nanga Spitoh di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat­BintangorN­icholas Belulin berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut daripada Pejabat Daerah Julau.

“Sejurus menerima panggilan, dua anggota dikerahkan ke lokasi terbabit melakukan pemantauan dan pemeriksaa­n berkaitan kejadian tersebut.

Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007 (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

“Kesemua mereka bersama bot nelayan terbabit diiring ke Jeti Maritim Negeri Sabah Sepanggar di sini untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat,” katanya.

“Ketika sampai di lokasi, anggota bomba mendapati terdapat tanah runtuh di tepi jalan menuju ke rumah panjang berkenaan seperti dilaporkan.

“Hasil pemeneriks­aan mendapati jarak kawasan terjejas akibat tanah runtuh itu adalah dalam lingkungan 20 meter,” katanya di sini semalam.

Berdasarka­n situasi itu, bomba bertindak memasang tali sawar-sawar di lokasi terbabit.

“Hasil pemantauan, bomba mendapati struktur tanah dalam keadaan tidak stabil dan berisiko runtuh lagi.

“Berikutan itu, bomba menasihati penduduk berhati-hati apabila melalui lokasi terbabit dan menjauhi kawasan terjejas,” jelasnya.

 ?? ?? RUNTUH: Anggota bomba melakukan pemantauan tanah runtuh di jalan utama menuju ke Rumah Ampit, Nanga Spitoh, Julau.
Bot nelayan bawa penumpang berdokumen meragukan ditahan Maritim Malaysia
RUNTUH: Anggota bomba melakukan pemantauan tanah runtuh di jalan utama menuju ke Rumah Ampit, Nanga Spitoh, Julau. Bot nelayan bawa penumpang berdokumen meragukan ditahan Maritim Malaysia
 ?? ?? DITAHAN: Pasukan Maritim Malaysia menahan sebuah bot nelayan bersama juragan yang membawa 12 penumpang.
DITAHAN: Pasukan Maritim Malaysia menahan sebuah bot nelayan bersama juragan yang membawa 12 penumpang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia