Utusan Borneo (Sarawak)

Pengedar ditahan bersama syabu bernilai RM240,000

-

TAWAU: Seorang lelaki ditahan bersama dadah jenis syabu seberat empat kilogram bernilai RM240,000 dalam serbuan di sebuah kawasan perumahan di dalam bandar, di sini, Khamis lepas.

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek warga tempatan itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 5.55 petang, susulan maklumat awam dan risikan yang dilakukan pihaknya.

Katanya, hasil maklumat yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota polis terus bertindak menjalanka­n serbuan di sebuah taman perumahan di kawasan bandar, di sini.

“Suspek terbabit cuba bertindak melarikan diri daripada pasukan serbuan, namun berjaya diberkas selepas berlaku pergelutan.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas plastik hitam yang dipegang oleh suspek mendapati terdapat empat bungkusan plastik minuman teh yang mengandung­i bahan hablur disyaki dadah jenis syabu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah kereta milik suspek mengikut Seksyen 25(1) Akta Dadah Berbahaya Perlucutan Hak 1983.

“Semua barang rampasan termasuk dadah jenis syabu yang dianggarka­n seberat 4,033.87 gram itu dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

“Dadah yang dirampas ini dipercayai adalah untuk pasaran tempatan namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan rangkaian pengedaran dadah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyai 15 rekod lampau termasuk dua mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta pernah didakwa di mahkamah.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan turut mendapati suspek positif dadah jenis Ketamine dan Methamphet­amine.

“Suspek yang disyaki pengedar dadah itu kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 26 Januari depan dan kes disiasat mengikut 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ?? ?? RAMPAS: Jasmin (dua kanan) menunjukka­n syabu yang berjaya dirampas pada sidang media berkenaan.
RAMPAS: Jasmin (dua kanan) menunjukka­n syabu yang berjaya dirampas pada sidang media berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia