Utusan Borneo (Sarawak)

Ketajaman Pemikiran dan Kesenian Bahasa dalam Sajak Abizai

Membentuk Elok di Teluk Esok, ”

- Berminat untuk menulis, sila hubungi di talian atau e-melkan kepada dan Editor YIIB sfaiqah@dbp.gov.my penerbitan.dbpsar@dbp.gov.my

(Bahagian 1) Oleh: Kho Thong Eng

AbizAi atau Zainal Abidin Haji Suhaili merupakan penerima SEA Write Award pada tahun 2017, dan beliau dinobatkan sebagai Sasterawan Negeri Sarawak yang kelima pada tahun 2021. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Penyair GAPENA 2018.

Sajak tulisan beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) dan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU). Selain itu, beliau merupakan pemenang berganda bagi Hadiah Penghargaa­n Penulis Sarawak/Hadiah Sastera Penulis Sarawak genre puisi sejak tahun 1991 lagi.

Abizai menceburi penulisan sejak awal 1980an dalam bidang cerpen dan rencana sastera. Karya-karya beliau banyak tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah tanah air seperti Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Selangorki­ni, Utusan Borneo, The Borneo Post, Utusan Sarawak dan lainlain. Beliau juga bergiat dalam Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) dan memegang jawatan Ketua I sejak tahun 2002. Magnum opus beliau, kumpulan puisi Membentuk Elok di Teluk Esok, yang diterbitka­n pada tahun 2001 menyentuh pelbagai tema, termasuk nilai-nilai kemanusiaa­n, negara, sejarah, kesihatan, cinta, motivasi, sukan, muzik, integriti, perayaan, seni dan bahasa.

Memandangk­an Abizai merupakan penyair yang konsisten prolifik, ada baiknya kalau kita memfokuska­n perbincang­an tentang kehebatan kepenyaira­n beliau berdasarka­n beberapa buah sajak beliau yang terpilih.

Pua Kumbu

Ada misteri menari di tubuh tradisi kain ini harus dikenal pusaka leluhur untuk menguak tabir kabur.

Bukan sekadar kain bercorak yang ditenun secara rawak ada budaya bangsa berdegup membisikka­n pesan dan tamsilan di celah motif nan beragam.

Corak terilham daripada alur cetera mitos dan legenda jalur pengalaman dan kepercayaa­n serta alamat mimpi sang penenun berbakat sejati elok yang memahami sifat rupa dan bentuk.

Kehalusan seni rapi terangkum dalam imej dan lambang terpilih menjalarka­n jauh aura estetika ke deria rasa para pengagum membentang panjang falsafah Iban yang tersendiri dan sarat budi.

Dalam sajak “Pua Kumbu” di atas, Abizai berjaya menggambar­kan keunikan dan kehebatan kain tradisi kaum Iban dengan bahasa yang indah dan ekonomis. Di

“Abizai menceburi penulisan sejak awal 1980-an dalam bidang cerpen dan rencana sastera. Karya-karya beliau banyak tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah tanah air seperti Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Selangorki­ni, Utusan Borneo, The Borneo Post, Utusan Sarawak dan lain-lain. Beliau juga bergiat dalam Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) dan memegang jawatan Ketua I sejak tahun 2002. Magnum opus beliau, kumpulan puisi yang diterbitka­n pada tahun 2001 menyentuh pelbagai tema, termasuk nilai-nilai kemanusiaa­n, negara, sejarah, kesihatan, cinta, motivasi, sukan, muzik, integriti, perayaan, seni dan bahasa.

antara kata dan baris, terdapat rima yang sahut-menyahut, contohnya ialah “leluhur–kabur”, “bercorak-rawak”, “pesan-tamsilan”, “alur-jalur”, “elok-bentuk”, “membentang-panjang” dan “tersendiri-budi”. Hal ini terbit daripada pemilihan diksi yang teliti. Selain itu, bahasa beliau mudah difahami tanpa kata yang bombastik atau perlambang­an yang terlalu bersifat peribadi atau kabur. Dengan itu, beliau dapat menyampaik­an mesej dengan jelas dan berseni kepada para pembaca, iaitu corak tenunan kain pua yang memaparkan kisah lama, pengalaman hidup, budaya, pengajaran, kepercayaa­n, kreativiti, falsafah dan budi bahasa yang berlegar di sekitar kehidupan kaum Iban pada zaman dahulu.

Mahir Penyair

Setiap kali selesai mendandani puisi kata-kata yang dipandang jelita terasa hodoh semula kerana sang penyair perlu mengukir mahir menangkap ungkapan baharu berulang waktu.

Sajak ini menggambar­kan sikap Abizai yang sentiasa berusaha untuk meneroka rahsia dan seni bersajak tanpa mengenal penat lelah. Meskipun sudah bergelar penyair yang tersohor, beliau tidak berpuas hati dengan karya yang tercipta, tetapi sentiasa mencari cara dan jalan baharu untuk menampilka­n sajak yang lagi baik dalam karya yang seterusnya. Nyatalah bahawa semangat rajin berusaha ini yang mengekalka­n kedudukan beliau sebagai penyair mapan yang secara konsistenn­ya menghasilk­an karya secara prolifik merentasi zaman empat dekad selama ini.

Sabar

Sabar bukan ular yang dijinakkan sebentar oleh alunan seruling tetapi penyerahan semesta jiwa kepada yang maujud benar.

Sesungguhn­ya sifat sabar merupakan nilai terpuji yang harus menjadi pegangan tetap manusia pada sepanjang masa, bukan berubah-ubah bagai pimping di lereng atau bagai pancang digoncang arus. Selain

itu, nilai itu harus tertanam dalam jiwa kita secara intrinsik, bukan timbul daripada rangsangan ekstrinsik secara sementara seperti ular yang menari mengikut alunan seruling si pemain ular.

Sindrom suka menyalahka­n

Kau keruhkan air lautan sehingga tak lagi kelihatan bayangan ikan dan terumbu karang lalu kau salahkan lumpur di dasar sebagai penetas pencemaran.

Kau padamkan marak andang sehingga malam menjelma kelam menyembuny­ikan tanda dan jalan kemudian kau tunjukkan bulan yang disorok awan sebagai pangkal kegelapan.

Dalam sajak ini, Abizai menyentuh kelemahan yang ada pada sebilangan manusia, iaitu sifat cenderung menyalahka­n orang lain atau keadaan daripada membuat introspeks­i tentang kelemahan diri atau mengenal pasti pokok pangkal sesuatu kejadian. Secara halus, beliau menasihati kita agar menangkis dan menjauhi daki peribadi tersebut supaya sifat itu tidak menjadi batu penghalang untuk kita membuat pemkepada betulan yang perlu dan terus melangkah maju. Beliau memberikan contoh pencemaran yang dilakukan oleh manusia tetapi disalahkan lumpur di dasar laut. Contoh kedua ialah orang yang memadamkan jamung lalu disalahkan bulan yang terlindung oleh awan di langit malam sebagai puncanya. Dengan itu, jelaslah bahawa sajak Abizai bukan sahaja untuk dibaca secara sukasuka, tetapi menyelitka­n pengajaran dan teguran yang amat bermakna untuk dijadikan iktibar oleh masyarakat. Satu lagi kelainan bentuk pada sajak ini ialah dua rangkap sajak ini disatukan, dan hanya ditandai garis pemisah dengan noktah pada hujung baris keenam dan huruf besar pada awal baris yang ketujuh.

Bayang-bayang

Bulan muncul di permukaan air memujanya, melupakan bulan di langit jauh di balik malam, sambil menahan perut bayang-bayang ketawa sepuasnya.

Sajak Abizai ini pendek, tetapi tidak kurang hebat. Secara padat, Abizai menggambar­kan sifat sesetengah manusia yang mudah terkeliru lalu mempercaya­i atau meyakini sesuatu yang palsu atau batil. Sememangny­a sifat kurang peka dan kurang awas sedemikian amat merugikan. Bukankah sekarang banyak berlaku kes penipuan (scam) dalam media sosial akibat sifat mangsa yang terlalu mudah percaya dan yakin akan umpan mesej yang dipaparkan? Sajak ini juga menggambar­kan ketajaman pemerhatia­n dan pemikiran Abizai yang berjaya menyaring erti daripada realiti untuk dijadikan santapan minda dan bahan renungan para pembaca. Memanglah tidak cukup elok kalau sajak sekadar dijadikan sebagai medan untuk bermain kata-kata indah tetapi maknanya kosong dan lompong. Hal ini menepati kata-kata Abizai sesudah beliau menerima anugerah Sasterawan Negeri Sarawak yang kelima pada tahun 2021: Sastera merupakan cerminan dan pantulan kehidupan masyarakat. Segala pandangan, pegangan, harapan dan pengalaman hidup masyarakat dapat dihayati dalam karya sastera. Bahkan, banyak pengajaran dan pengetahua­n yang boleh diperoleh dengan menghayati karya sastera. Penulis bukan lagi hanya sekadar perakam zaman tetapi harus juga menjadi penyoal dan pentafsir di samping mengutip perasaan, pemikiran dan falsafah yang dibawa oleh zaman.

Terima kasih ayah

Terima kasih ayah kerana membentukk­u dengan keras agar kutahu ada ketika simpang-siur kehidupan begitu deras tanpa menjalarka­n simpati belas harus bijak membelai waras agar tidak tertunduk tewas.

Terima kasih ayah kerana menjadikan jiwaku begitu halus menerima ria dan lara dengan tulus setelah sekian lama mentafsir tuntas falsafah asuhanmu yang sarat ikhlas.

Hari ini kau telah pulang tanpa mampu kubayar segala hutang hanya hamparan doa dapat kubentang semoga kamarmu di alam seberang sentiasa cerah oleh cahaya reda dan keampunan Allah.

Sajak ini merakamkan rasa terima kasih Abizai kepada arwah bapa beliau atas jasa membesarka­n dan mendidik beliau sehingga beliau menjadi manusia dan penyair yang terpuji. Sesungguhn­ya kita harus memuliakan dan mengenang jasa ibu bapa sampai hujung hayat kerana kasih sayang ibu bapa tidak mengenal tepi dan luasnya. Beliau berterima kasih atas didikan bapanya yang tegas tetapi penuh ikhlas untuk menjadikan beliau tabah dan rela untuk waras mendepani dunia yang sarat dengan dugaan dan cabaran, tanpa mengharapk­an simpati dan bantuan daripada pihak lain. Beliau juga sedar bahawa budi bapanya tidak mungkin dapat dibalas sampai bilabila, lalu memanjatka­n doa memanjang agar arwah bapa beliau sentiasa dirahmati Tuhan di alam akhirat. Selain itu, dalam sajak ini, banyak terdapat persamaan rima antara kata dan antara baris. Contohnya ialah gandingan kata “keras-deras-belas-waras-tewas”, “halus-tulus”, “tuntas-ikhlas”, “pulang-hutang-bentang” dan “cerah-Allah”. Selain itu, terdapat gambaran berseni seperti “membelai waras”, “tertunduk tewas”, “mentafsir tuntas”, “sarat ikhlas”, “hamparan doa” dan “kamarmu di seberang”. Hal ini menunjukka­n pemilihan diksi dalam sajak ini bukan berlaku secara kebetulan atau rawak, tetapi telah direncanak­an dengan teliti agar tepat, indah dan bermakna.

Merdeka Menjelma

Merdeka menjelma kala kau tiada lagi membela seawan iri sewaktu melihat hujan bercurahan memakmurka­n tanah mereka di daerah sebelah.

Merdeka menjelma seketika kau berhenti merenung cermin ujub yang mengembali­kan bayangan diri dengan kejelitaan tak terperi tanpa titik tepi.

Merdeka menjelma saat kau tidak kembali menyarung harap pada rapuh cangkerang manusia tapi kepada kukuh naungan Dia yang tak pernah mengenal binasa.

Merdeka menjelma apabila kau enggan semula garang meminta tapi tenang menerima kerana seluruh jiwa bukan ditawan berahi benua hanya berteduh di teluk cinta.

Melalui sajak ini, Abizai mengemukak­an pandangan bahawa sifat merdeka bukan hanya dimanifest­asikan dengan laungan lantang lagi bersemanga­t “Merdeka!” berulang kali sampai menggegark­an dewan dan suasana, tetapi kita harus bergerak lebih jauh daripada itu. Kita harus membuat anjakan paradigma untuk memerdekak­an diri daripada sifat hasad dengki akan rezeki pihak lain, sikap bangga diri, sikap melebihi harapan daripada manusia berbanding dengan Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Penyayang, serta sikap suka menuntut dan meminta habuan lebih daripada yang sepatutnya. Boleh dikatakan bahawa melalui sifat didaktik pada sajak ini, Abizai berharap insan kamil dan masyarakat madani akan menjelma sebagai kenyataan yang indah pada masa depan. Hal ini jelas tergambar dalam kata-kata beliau ketika dihubungi Utusan Borneo selepas menerima anugerah Sasterawan Negeri Sarawak: (Anugerah SNS) saya hargai dan seterusnya (saya) perlu memikul tanggungja­wab untuk menghasilk­an karya yang lebih baik dan bermutu. Mampu mengalir jernih ke alur ingatan dan jiwa para pembaca, serta menghantar bijaksana dengan keindahan bahasa dan makna.

Sajak ini merakamkan rasa terima kasih Abizai kepada arwah bapa beliau atas jasa membesarka­n dan mendidik beliau sehingga beliau menjadi manusia dan penyair yang terpuji. Sesungguhn­ya kita harus memuliakan dan mengenang jasa ibu bapa sampai hujung hayat kerana kasih sayang ibu bapa tidak mengenal tepi dan luasnya. Beliau berterima kasih atas didikan bapanya yang tegas tetapi penuh ikhlas untuk menjadikan beliau tabah dan rela untuk waras mendepani dunia yang sarat dengan dugaan dan cabaran, tanpa mengharapk­an simpati dan bantuan daripada pihak lain. Beliau juga sedar bahawa budi bapanya tidak mungkin dapat dibalas sampai bila-bila, lalu memanjatka­n doa memanjang agar arwah bapa beliau sentiasa dirahmati ” Tuhan di alam akhirat.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia