Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sedia kaji keperluan struktur semula sistem beras

Kementeria­n pandang serius dakwaan isu kartel, kata Mohamad

-

Kita memandang serius (isu beras) dan buat apa sahaja perkara yang boleh termasuk soal struktur (sistem) beras, apakah perlu dikaji semula… kerajaan akan menilai semula dari sudut struktur organisasi beras di Malaysia ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia meneliti keperluan penstruktu­ran semula sistem beras sedia ada untuk mengelak berlakunya penyelewen­gan atau sindiket kartel dalam industri padi dan beras negara.

Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kementeria­nnya memandang serius dakwaan isu kartel atau berlakunya ‘permainan’ pihak tertentu dalam sektor berkenaan.

“Kita memandang serius (isu beras) dan buat apa sahaja perkara yang boleh termasuk soal struktur (sistem) beras, apakah perlu dikaji semula… kerajaan akan menilai semula dari sudut struktur organisasi beras di Malaysia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja ke kolam ternakan ikan air tawar di ARC Berkat Agrofood Sdn Bhd, Rawang, dekat sini semalam.

Sebelum ini, Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (Barim) mendakwa wujud ‘permainan’ tertentu di dalam Padiberas Nasional Bhd

(Bernas) selain mendakwa isu kartel berkemungk­inan benar-benar berlaku.

Presiden Barim Ismail Awang dilapor berkata ahli persatuan itu tidak mendapat bekalan beras tempatan daripada Bernas kerana dikatakan tiada stok, sebaliknya sebahagian besar pasar raya mendapat bekalan berkenaan.

Mohamad berkata beberapa isu berkaitan industri itu masih dalam perbincang­an antara Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MyCC) dengan Pejabat Kawalselia Padi dan Beras.

“Sekarang ini, masih dalam peringkat perbincang­an dan jika berlaku apa-apa penyelewen­gan, mereka akan ambil tindakan… kita tunggulah hasil siasatan,” katanya.

Sementara itu, berkaitan industri akuakultur, Mohamad berkata Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan menyasarka­n sebanyak 500,000 tan metrik hasil pengeluara­n industri berkenaan tahun ini.

Beliau berkata ia mampu dicapai dengan memperkasa­kan sumber hasil iaitu 60

Datuk Seri Mohamad Sabu Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan

peratus bidang akuakultur dan 40 peratus perikanan tangkapan.

Mohamad berkata pada masa sama kempen untuk meningkatk­an minat rakyat terhadap produk ikan air tawar juga perlu diperhebat sekali gus meningkatk­an permintaan terhadap hasil ikan air tawar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Mohamad melepaskan telur-telur ikan bagi proses ternakan pada program lawatan ke ladang pembenihan dan ternakan ikan air tawar ARC Berkat Agrofood Sdn Bhd di Rawang, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Mohamad melepaskan telur-telur ikan bagi proses ternakan pada program lawatan ke ladang pembenihan dan ternakan ikan air tawar ARC Berkat Agrofood Sdn Bhd di Rawang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia