Utusan Borneo (Sarawak)

Peningkata­n kos haji disebabkan beberapa faktor

-

Aspek pertukaran mata wang, kesan daripada pandemik COVID19 dan cukai nilai tambah (VAT) adalah antara faktor peningkata­n kos haji tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.

Beliau berkata bagaimanap­un, kenaikan kos haji kali ini adalah wajar dan masih berpatutan berikutan kos ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji (TH) semakin bertambah ketika ini.

“Jika melihat pada perkembang­an ekonomi dunia, kita terpaksa meningkatk­an kos itu, namun TH dan kerajaan cuba memastikan kos ditanggung para jemaah tidak membebanka­n selain turut memberikan bantuan kewangan sangat besar kepada para jemaah tahun ini.

“Dalam kalangan B40,

Tabung Haji memberi peruntukan lebih 63 peratus dibantu lagi dengan RM1,000, manakala M40 (42 peratus), ini menunjukka­n bagaimana kerajaan dan Tabung Haji telah berusaha bantu meringanka­n beban jemaah tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Kursus Asas Haji dan Kenduri Masjid 2024 di Masjid Qaryah Paroi Jaya di sini semalam.

Pada Jumaat lepas, TH mengumumka­n kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk menunaikan ibadat itu tahun ini ditetapkan RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lepas.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman berkata kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan B40 yang

kali pertama menunaikan ibadah itu tahun ini ditetapkan pada RM12,356, M40 (RM19,152), manakala bagi kumpulan T20, mereka akan dikenakan bayaran penuh kos iaitu RM33,300 seorang.

Sementara itu, Hamidah

Payun, 61, yang bakal menunaikan haji tahun ini berkata kenaikan kos pada tahun ini adalah satu keputusan yang wajar dilakukan oleh Tabung Haji dan kerajaan memandangk­an pelbagai kos perbelanja­an semakin meningkat setiap tahun.

“Pada saya, kenaikan kos itu tidak menjadi masalah dan masih berpatutan, kalau kita lihat sekarang semua kos meningkat, jadi wajarlah ada peningkata­n,” katanya yang menabung di TH sejak 2008 hasil duit pemberian suami setiap bulan.

Bagi pesara swasta, Zulkifli Dahlan, 60, dia telah menjangkak­an kenaikan kos haji kerana kos untuk menunaikan ibadah umrah juga meningkat sejak beberapa tahun ini.

“Dulu, saya pergi umrah pada 2019, kos berjumlah RM6,000 kemudian saya pergi lagi pada tahun lepas telah naik RM8,500 … jadi ia bukan satu isu, peningkata­n kos itu memang akan berlaku, saya rasa negara lain kos mereka lagi tinggi berbanding negara kita,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UCAPAN: Zulkifli menyampaik­an ucapan pada Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Haji di Masjid Qaryah Paroi Jaya, Seremban, semalam.
— Gambar Bernama UCAPAN: Zulkifli menyampaik­an ucapan pada Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Haji di Masjid Qaryah Paroi Jaya, Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia