Utusan Borneo (Sarawak)

Perpaduan di Malaysia boleh disemai melalui pemahaman budaya

- — Bernama

Kepelbagai­an budaya dalam masyarakat majmuk di Malaysia boleh dijadikan sebagai pendorong dalam usaha menyemarak­kan lagi tahap perpaduan antara kaum.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy berkata tahap perpaduan negara adalah memuaskan tetapi ia masih boleh dimantapka­n lagi dengan pemahaman yang lebih mendalam terhadap sesuatu budaya dan kaum.

“Masih ada ruang untuk dibaiki dan ditingkatk­an lagi supaya kita (Malaysia) boleh jadi satu negara contoh di rantau ini dan juga di dunia,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Sambutan Pesta Ponggal Kebangsaan Persatuan Integrasi Koordinasi India Malaysia (Incott) 2024 di sini semalam.

Sambutan yang berlangsun­g di Sungai Buloh itu turut dihadiri bekas Ahli Parlimen Sungai Buloh R. Sivarasa selain dimeriahka­n lagi dengan kehadiran penduduk setempat yang datang daripada pelbagai latar belakang kaum dan budaya.

Dalam pada itu, Saraswathy berkata Ponggal yang disambut di seluruh negara melihatkan penyertaan setiap kaum dan perkara sama perlu diteruskan untuk sambutan perayaan kaum lain.

“Ini menunjukka­n bukti bahawa perpaduan negara ktia adalah mesra dan boleh diperbaik, jadi sambutan seperti ini boleh memberi peluang kepada semua masyarakat majmuk untuk faham budaya.

“(Ia) akan memberi suatu keadaan harmoni dalam kalangan rakyat apabila mereka mempunyai pemahaman yang sebenar berkenaan budaya sesuatu etnik di Malaysia,” katanya.

Presiden Incott Suresh Kumar yang juga penganjur sambutan pesta Ponggal itu turut meluahkan rasa terharu apabila menerima sambutan luar biasa terutamany­a daripada kaum Cina dan Melayu di kawasan itu untuk samasama meraikan sambutan berkenaan.

“Ini menunjukka­n keharmonia­n yang kekal dan tidak dapat diganggu oleh manamana pihak … jadi, kami (Incott) akan sentiasa ambil usaha sebegini untuk pupuk kesejahter­aan dan keamanan,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? SAMBUTAN PONGGAL: Saraswathy (tengah) menuang susu ke salam periuk tembikar pada sambutan Pesta Ponggal Kebangsaan Persatuan Integrasi Koordinasi India Malaysia (INCOTT) 2024 di Dewan MBSA Kampung Baru, Sungai Buloh, semalam.
— Gambar Bernama SAMBUTAN PONGGAL: Saraswathy (tengah) menuang susu ke salam periuk tembikar pada sambutan Pesta Ponggal Kebangsaan Persatuan Integrasi Koordinasi India Malaysia (INCOTT) 2024 di Dewan MBSA Kampung Baru, Sungai Buloh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia