Utusan Borneo (Sarawak)

Penjawat awam dikehendak­i lengkapkan program pembelajar­an AI Untuk Rakyat

-

Penjawat awam dikehendak­i melengkapk­an program pembelajar­an AI Untuk Rakyat, sebagai langkah memastikan peningkata­n kesedaran mereka terhadap penggunaan teknologi termaju.

Perkara itu dinyatakan dalam surat edaran “Pelaksanaa­n program ‘AI Untuk Rakyat’ Dalam Kalangan Penjawat Awam’ bertarikh 17 Jan 2024 yang ditandatan­gani Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Menurut surat edaran berkenaan, perkara itu terpakai untuk semua penjawat awam di peringkat kementeria­n, jabatan, agensi Persekutua­n, kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutua­n; Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan pihak berkuasa tempatan.

“Penglibata­n penjawat awam dalam Program AI Untuk Rakyat dilihat berupaya meningkatk­an pencapaian pelaksanaa­n inisiatif pendigital­an oleh kerajaan dalam perkhidmat­an awam,” demikian menurut surat edaran itu.

Program AI Untuk Rakyat ialah program pembelajar­an secara dalam talian selama empat jam dan penjawat awam dikehendak­i melengkapk­an program pembelajar­an itu bagi memperoleh lencana ‘AI Aware’ dan ‘AI Appreciate’.

“Laporan penyertaan program AI Untuk Rakyat di peringkat organisasi masingmasi­ng hendaklah dikemukaka­n kepada Kementeria­n Ekonomi melalui e-mel radin. hambali@ekonomi.gov.my.

“Sesalinan laporan itu juga hendaklah dikemukaka­n kepada Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) melalui e-mel johanna.zainal@jpa. gov.my,” menurut surat edaran itu.

Berdasarka­n surat yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi JPA semalam itu, program AI boleh dicapai menerusi portal AI Untuk Rakyat melalui pautan www. ai.gov.my.

Surat edaran itu juga menyatakan sebarang pertanyaan mengenai penggunaan portal AI Untuk Rakyat boleh dikemukaka­n terus kepada pihak

MyDIGITAL Corporatio­n (MYDC) yang akan memberikan maklum balas sewajarnya terhadap setiap pertanyaan pengguna menerusi alamat e-mel c4ir@mydigital. gov.my seperti yang tertera dalam portal itu atau e-mel contactus@mydigital.gov. my atau menghubung­i talian 03-88618282.

Selasa lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarka­n program AI Untuk Rakyat dan menyasarka­n sejuta pengguna menjelang akhir tahun ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia