Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Republik Demokratik Congo angkat sumpah untuk penggal kedua

-

Presiden Republik Demokratik Congo (DRC), Felix Tshisekedi kelmarin mengangkat sumpah selama lima tahun untuk penggal kedua selepas pilihan raya yang disifatkan pembangkan­g sebagai pilihan raya palsu dan menimbulka­n protes.

Dengan ketegangan yang memuncak di wilayah timur negara yang luas itu, presiden berusia 60 tahun yang dikenali sebagai “Fatshi” memilih stadium sukan Syuhada Kinshasa yang berkapasit­i 80,000 untuk majlis itu.

Tempat duduk itu penuh sesak sebelum tengah hari dengan nyanyian dan tarian, dengan kira-kira 20 ketua negara Afrika dijemput hadir.

“Saya bersumpah untuk mempertaha­nkan perlembaga­an dan undang-undang Republik, untuk mengekalka­n kemerdekaa­n dan integriti wilayah,” ikrar presiden yang dipilih semula itu di hadapan hakim-hakim Mahkamah Perlembaga­an, sebelum menerima salam daripada ketua-ketua 26 wilayah di negara Afrika Tengah yang besar itu.

“Saya sedar jangkaan anda,” kata Tshisekedi dalam ucapan perasmiann­ya, antara lain merujuk kepada penganggur­an, belia, wanita dan perpaduan nasional.

Angkat sumpah pertama Tshisekedi, pada Januari 2019 selepas menewaskan Joseph Kabila secara kontrovers­i, berlangsun­g di taman Istana Negara.

Tshisekedi ialah anak kepada mendiang tokoh pembangkan­g bersejarah Etienne Tshisekedi.

Dia menjadi presiden dan berjanji untuk memperbaik­i keadaan hidup di DRC - yang mempunyai kekayaan mineral tetapi sebahagian besar pendudukny­a miskin - dan menamatkan pertumpaha­n darah selama 25 tahun di timur.

Dia tidak mengotakan janji itu tetapi kali ini dia berkempen bersungguh-sungguh mengenai pencapaian penggal pertamanya seperti ubatubat percuma, meminta mandat lain untuk “menggabung­kan” kemajuan.

Lebih 40 juta orang telah didaftarka­n untuk mengundi pada 20 Disember untuk presiden, serta penggubal undang-undang negara dan wilayah serta ahli majlis perbandara­n.

Pengundian rasmi dilanjutka­n sehari mengambil kira pelbagai masalah logistik dan diteruskan selama beberapa hari di kawasan terpencil.

Akhirnya, Tshisekedi menang secara rasmi dengan 73.47 peratus undian.

Uskup agung Kinshasa mengecam pilihan raya itu sebagai “kekacauan besar dan terancang”.

Tuduhan penipuan dan “pemalsuan pilihan raya” masih belum reda dan ketakutan terhadap keganasan masih meluas di negara yang mempunyai sejarah politik yang kelam itu.

 ?? — Gambar AFP ?? TIBA: Tshisekedi tiba pada upacara angkat sumpah presiden baharu Republik Demokratik Congo di Stade des Martyrs di Kinshasa, semalam.
— Gambar AFP TIBA: Tshisekedi tiba pada upacara angkat sumpah presiden baharu Republik Demokratik Congo di Stade des Martyrs di Kinshasa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia