Utusan Borneo (Sarawak)

13 murid maut, sekolah di China terbakar

Semua mangsa dikatakan rakan sekelas darjah tiga berusia sembilan dan 10 tahun

-

YANSHANPU: Tiga belas murid sekolah maut dalam kebakaran asrama yang berlaku di Henan, tengah China, lapor agensi berita rasmi Xinhua kelmarin.

Kebakaran di Sekolah Yingcai di kampung Yanshanpu Henan telah dilaporkan kepada pihak bomba tempatan pada 11 malam Jumaat, kata Xinhua.

Tiga belas pelajar disahkan maut dan seorang cedera.

Seorang guru di sekolah itu memberitah­u akhbar kerajaan, Hebei Daily bahawa semua mangsa merupakan rakan sekelas darjah tiga, berusia sembilan dan 10 tahun.

Pada petang Sabtu, wartawan AFP melihat kawasan sekitar sekolah itu ditutup, dengan berpuluh-puluh pegawai polis berkawal di tempat kejadian.

Pemilik sebuah pasar raya memberitah­u AFP dia sedang tidur ketika kebakaran itu berlaku, namun telah mendengar tentang tragedi itu.

“Kebanyakan kanak-kanak di sekolah itu pasti tinggal di sekitar kawasan ini,” katanya mengenai sekolah berasrama penuh yang berdekatan itu.

“Anak-anak kami tidak bersekolah di sana jadi kami tidak pasti tentang butirannya,” tambahnya.

Pekedai lain di kawasan itu berkata mereka juga tidur pada masa kebakaran maut menjilat asrama itu.

Wartawan AFP disekat daripada menghampir­i tempat kejadian, tetapi Radio

Kebangsaan China berkata bahawa beberapa tingkap bangunan asrama telah pecah.

Perkampung­an Yanshanpu sunyi dan berkabus pada malam Sabtu, dengan hanya segelintir kedai, beberapa bangunan tidak berlampu dan hampir tidak ada sesiapa yang berjalan di jalanan.

Kawalan keselamata­n ketat dilaksanak­an dengan kereta polis berbaris panjang di jalan utama dan orang ramai berdiri di belakang pita.

Seorang wanita memberitah­u AFP bahawa ibu bapa murid meninggalk­an anakanak

mereka di sekolah berasrama penuh itu ketika mereka bekerja di luar kawasan.

Xinhua melaporkan api telah dipadamkan pada 11.40 malam pada malam Jumaat.

Mangsa yang terselamat “sedang menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil”, menurut agensi berita rasmi negara itu.

Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat punca kebakaran, dan sekurangku­rangnya seorang pihak pentadbir sekolah itu telah ditahan, kata Xinhua.

Kampung Yanshanpu terletak

di pinggir Nanyang, sebuah bandar yang mempunyai hampir 10 juta penduduk.

Hanya sedikit maklumat mengenai sekolah berasrama penuh itu tersedia untuk umum, walaupun terdapat video media sosial yang dimuat naik sebelum ini menunjukka­n kanak-kanak kecil termasuk murid tadika memakai baju dengan logo sekolah serta kanak-kanak yang lebih tua belajar kaligrafi.

Pengguna media sosial China kelmarin meluahkan kemarahan mengenai kebakaran itu dan menggesa sebarang kesilapan keselamata­n diambil tindakan.

“Ia terlalu menakutkan, 13 kanak-kanak daripada 13 keluarga, semuanya hilang dalam sekelip mata, jika tiada hukuman berat jiwa mereka tidak akan tenang,” tulis seorang pengulas di laman sosial Weibo.

Kebakaran dan kemalangan maut lain adalah perkara biasa di China disebabkan piawaian keselamata­n dan penguatkua­saan yang lemah.

Pada November, 26 orang maut dan berpuluh-puluh orang dihantar ke hospital selepas berlaku kebakaran di pejabat syarikat arang batu di wilayah Shanxi, utara China.

Pada Julai, 11 orang maut selepas bumbung gim sekolah runtuh di timur laut negara itu.

Bulan sebelumnya, letupan di restoran barbeku di barat laut China menyebabka­n 31 maut dan mendorong seluruh negara untuk mempromosi­kan keselamata­n di tempat kerja.

Pada April, kebakaran hospital di Beijing mengorbank­an 29 orang dan memaksa mangsa yang terselamat melompat keluar dari tingkap untuk melarikan diri.

Selepas kebakaran syarikat arang batu pada bulan November, Presiden China Xi Jinping menggesa negara itu “menjalanka­n siasatan mendalam tentang risiko tersembuny­i dalam industri utama, menambah baik pelan kecemasan dan langkah pencegahan”.

 ?? — Gambar AFP ?? ROSAK: Gambar serahan Agensi Berita China (CNS) semalam, menunjukka­n cermin bangunan sekolah Yingcai yang rosak akibat kebakaran, di Yanshanpu wilayah Henan, China.
— Gambar AFP ROSAK: Gambar serahan Agensi Berita China (CNS) semalam, menunjukka­n cermin bangunan sekolah Yingcai yang rosak akibat kebakaran, di Yanshanpu wilayah Henan, China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia