Utusan Borneo (Sarawak)

Protes anti-Israel pada pameran barang kemas di Itali bertukar ganas

-

Penunjuk perasaan bertempur dengan polis di bandar Vicenza di Itali kelmarin selepas tunjuk perasaan menentang kehadiran barangan Israel pada pameran barang kemas antarabang­sa.

Polis menggunaka­n meriam air ke atas penunjuk perasaan yang melepaskan bom asap dan suar selepas keganasan meletus ketika berlangsun­g perarakan oleh ratusan orang dengan beberapa orang memegang sepanduk bertulis “Bebaskan Palestin” dan “Hentikan Pengeboman Gaza”.

Lebih 1,300 pempamer dari hampir 40 negara sedang mengadakan pameran di pameran Vicenzaoro, yang dibuka pada hari Jumaat dan berlangsun­g sehingga Selasa, menurut penganjur.

Seorang jurucakap memberitah­u AFP bahawa perkelahia­n berlaku beberapa kilometer jauhnya dan tidak memberi kesan kepada acara itu, sambil enggan memberikan maklu

mat mengenai kehadiran Israel pada pameran itu.

Datuk Bandar Vicenza Giacomo Possamai berkata keganasan itu “tiada justifikas­i”.

“Ia juga menentang matlamat yang disokong - ia bercanggah dari segi untuk memprotes dalam keamanan dan gencatan senjata melalui keganasan,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial.

Kumpulan Islam Hamas

melancarka­n serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel pada 7 Oktober, mengakibat­kan kira-kira 1,140 orang terkorban, kebanyakan­nya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarka­n angka rasmi.

Militan turut menculik kira-kira 250 tebusan, 132 daripadany­a kekal di Gaza, menurut Israel. Sekurangku­rangnya 27 tawanan dipercayai telah dibunuh, menurut

pengiraan AFP berdasarka­n angka Israel.

Bersumpah untuk memusnahka­n Hamas, Israel telah melakukan serangan udara dan darat tanpa henti di Gaza yang telah membunuh sekurang-kurangnya 24,927 rakyat Palestin, kira-kira 70 peratus daripadany­a wanita, kanak-kanak dan remaja, menurut kementeria­n kesihatan di wilayah kendalian Hamas.

 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK PUAS HATI: Penunjuk perasaan memegang sepanduk bertulis ‘Bebaskan Palestin’ dan ‘Hentikan Pengeboman Gaza’ pada tunjuk perasaan menentang kehadiran Israel pada pameran berlangsun­g di Vicenzaoro, pameran industri emas dan barang kemas terbesar di Eropah, di Fiera Vicenza di Vicenza,semalam.
— Gambar AFP TIDAK PUAS HATI: Penunjuk perasaan memegang sepanduk bertulis ‘Bebaskan Palestin’ dan ‘Hentikan Pengeboman Gaza’ pada tunjuk perasaan menentang kehadiran Israel pada pameran berlangsun­g di Vicenzaoro, pameran industri emas dan barang kemas terbesar di Eropah, di Fiera Vicenza di Vicenza,semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia