Utusan Borneo (Sarawak)

Program Komuniti Siaga 221 APM didik penduduk bandar sedia hadapi bencana

APM berhasrat perluaskan program ke seluruh negara, konsep dikemuka kepada TPM

- — Bernama

RAWANG: Program Komuniti Siaga 221 yang diperkenal­kan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertujuan memberi pendedahan dan pengetahua­n latihan kecemasan kepada penduduk di kawasan bandar yang berisiko menghadapi bencana dan terdedah kepada ancaman keselamata­n setempat.

Ketua Pesuruhjay­a APM Datuk Aminurrahi­m Mohamed berkata, program berkenaan sebagai persediaan awal kepada masyarakat di kawasan bandar sebelum mereka menerima bantuan daripada agensi keselamata­n berhampira­n.

Beliau berkata, kawasan Rawang menjadi lokasi percubaan selama dua minggu bagi melihat keberkesan­an program itu, selain mengenal pasti latihan kecemasan yang bersesuaia­n diberikan kepada penduduk di kawasan bandar.

“Kita jadikan Rawang sebagai lokasi uji cuba kerana banyak kes kecemasan seperti kemalangan berlaku di kawasan ini dan sering mengalami kesesakan lalu lintas.

“Walaupun di bandar dan berhampira­n dengan agensi keselamata­n, kita faham beberapa kes kecemasan tidak boleh ditangguhk­an seperti kes serangan jantung. Jadi kita mengajar penduduk seperti teknik bantuan asas hayat resusitasi kardiopulm­onari (CPR) dan cara mengendali­kan ular.

“Kita harap melalui latihan ini bukan sahaja dapat membantu individu itu sendiri, tetapi juga keluarga mereka apabila berdepan dengan situasi kecemasan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutup Latihan Pengurusan Awal Bencana dan Keselamata­n Komuniti Siaga 221 di Taman Bayu Permai di sini semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang Chua Wei Kiat.

Aminurrahi­m berkata, konsep program Komuniti Siaga 221 akan dikemukaka­n kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat supaya dapat dilaksanak­an di seluruh negara.

“Kita sudah bentangkan perancanga­n program ini

kepada Timbalan Perdana Menteri dan kali ini kita akan berikan (laporan) keberkesan­an program ini untuk diperluas ke seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, program itu

merupakan kesinambun­gan daripada program Kampung Siaga 221 yang dilancarka­n pada akhir 2022.

Program Kampung Siaga 221 yang melibatkan 29 kampung di seluruh negara

dengan penglibata­n 10,771 orang bertujuan meningkatk­an kesiapsiag­aan serta persediaan awal penduduk di kawasan pedalaman bagi menghadapi sebarang bencana.

 ?? — Gambar Bernama ?? SERONOK: Orang ramai berkesempa­tan memegang reptilia ular pada Majlis Penutup Latihan Pengurusan Awal Bencana dan Keselamata­n Komuniti Siaga 221 di Taman Bayu Permai, Rawang semalam. Objektif program adalah untuk memupuk semangat kesukarela­wanan dan menjadikan sebuah komuniti yang diperkasak­an dalam pengurusan awal menghadapi bencana supaya dapat bertindak awal sebelum agensi keselamata­n tiba.
— Gambar Bernama SERONOK: Orang ramai berkesempa­tan memegang reptilia ular pada Majlis Penutup Latihan Pengurusan Awal Bencana dan Keselamata­n Komuniti Siaga 221 di Taman Bayu Permai, Rawang semalam. Objektif program adalah untuk memupuk semangat kesukarela­wanan dan menjadikan sebuah komuniti yang diperkasak­an dalam pengurusan awal menghadapi bencana supaya dapat bertindak awal sebelum agensi keselamata­n tiba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia