Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ sasar kurangkan kadar kemalangan maut di Kuala Muda hingga 50 peratus

- — Bernama

Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) menyasarka­n untuk mengurangk­an statistik kemalangan maut di daerah Kuala Muda hingga 50 peratus bermula tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancanga­n dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramly berkata susulan itu, sebanyak 14 kawasan hitam atau blackspot yang menjadi penyumbang kepada kemalangan maut di daerah itu akan diberi tumpuan khusus.

Beliau berkata, kawasan hitam berkenaan termasuk di jalan masuk ke kawasan Perusahaan PKNK Sungai Petani, beberapa lokasi sepanjang Jalan Alor Setar - Butterwort­h, Jalan Sungai Petani - Baling dan Jalan Lencongan Timur.

“Kalau kita tengok kadar kemalangan tertinggi ialah di Kajang, Selangor, namun kemalangan maut yang tertinggi di Kuala Muda. Sebab itulah JPJ bersama JSPT (Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik) akan fokus pada daerah ini dan Kedah amnya pada tahun ini.

“Kita akan tingkatkan operasi bersepadu JPJ dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) bersama agensi penguat kuasa lain termasuk kerajaan negeri untuk kurangkan kemalangan maut di Kuala Muda hingga 50 peratus,” katanya kepada Bernama pada Program Kelestaria­n Keselamata­n Jalan Raya bersama JPJ Kedah di sini semalam.

Menurut Aedy Fadly, daripada kajian yang dilakukan, selain faktor jalan raya tidak rata dan gelap, kemalangan maut di daerah itu kebanyakan­nya berlaku disebabkan oleh sikap pemandu sendiri.

“Paling tinggi kesalahan dilakukan ialah melanggar lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju, majoritiny­a penunggang motosikal. Selain itu, memotong di garisan berkembar, menggunaka­n telefon bimbit semasa memandu, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan dan tidak menggunaka­n tali pinggang keledar atau topi keledar,” katanya.

Mengikut rekod, dari Januari hingga Oktober 2023,

kadar kemalangan tertinggi dicatatkan di Kajang, Selangor dengan 16,530 kes, diikuti Ipoh, Perak (12,666 kes), Batu Pahat, Johor (7,662 kes) dan Kuala Muda (7,132 kes).

Bagaimanap­un, Kuala Muda mencatatka­n kes kemalangan maut tertinggi tahun lepas melibatkan 135 kematian, Batu Pahat (107), Kajang (106) dan Ipoh (101).

“JPJ akan terus mengadakan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan peraturan-peraturan di bawah Akta Pengangkut­an Jalan 1987, dan program advokasi serta kempen kesedaran akan ditingkatk­an dalam usaha mengurangk­an kadar kemalangan maut di daerah ini tercapai,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERIMA: Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Seri Norizan Khazali (tiga kiri) memakaikan topi keledar baharu kepada penerima pada Program Kelestaria­n Keselamata­n Jalan Raya bersama Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Kedah, di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani semalam. Turut hadir Aedy Fadly (dua kiri) dan Pengarah JPJ negeri, Aman Shah Hashim (kanan).
— Gambar Bernama PENERIMA: Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Seri Norizan Khazali (tiga kiri) memakaikan topi keledar baharu kepada penerima pada Program Kelestaria­n Keselamata­n Jalan Raya bersama Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Kedah, di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani semalam. Turut hadir Aedy Fadly (dua kiri) dan Pengarah JPJ negeri, Aman Shah Hashim (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia