Utusan Borneo (Sarawak)

Maignan kutuk penyokong ‘jahil’ yang ejek dengan bunyi monyet

- — AFP

Mike Maignan menyelar penyokong ‘jahil’ yang melakukan ejekan bunyi monyet ke arahnya ketika AC Milan meraih kemenangan dramatik 3-2 di Udinese, yang terhenti seketika kerana cemuhan tidak wajar itu.

Milan kini di tangga ketiga dan enam mata di belakang pendahulu Serie A Itali, Inter Milan, yang ketika ini berada di Arab Saudi untuk pertanding­an Piala Super Itali selepas Noah Okafor menjaringk­an gol kemenangan tiga minit dalam masa kecederaan.

Tetapi perlawanan dicemari oleh sekumpulan penyokong Udinese yang membuat cemuhan perkauman ke atas Maignan sepanjang separuh masa pertama, menyebabka­n pengadil perlawanan, Fabio Maresca menghentik­an permainan dan Maignan yang kelihatan kecewa, berjalan ke terowong pemain bersamasam­a rakan sepasukann­ya.

Bercakap kepada penyiaran Sky Sport, Maignan berkata bahawa dia kali pertama mendengar ejekan bunyi monyet apabila mengutip bola untuk tendangan gol, tetapi dia “tidak berkata apa-apa”.

“Kemudian untuk tendangan gol kedua, mereka mengulangi­nya. Saya memanggil pasukan tepi padang dan pengadil simpanan dan memberitah­u apa yang berlaku.

Saya berkata kita tidak dapat bermain dalam situasi seperti ini kerana ia bukan kali pertama ia berlaku kepada saya atau pemain lain,” katanya.

“Mereka adalah orang yang jahil. Anda boleh mencemuh atau bersiul apabila anda pasukan lawan, ia normal, tetapi apa yang berlaku hari ini tiada tempat dalam bola sepak.”

Permainan disambung semula selepas lima minit, dengan Milan mendahului kedudukan menerusi penyudah kemas Ruben LoftusChee­k selepas setengah jam permainan.

Tetapi selepas perlawanan disambung semula, pemain Milan jelas hilang fokus dan tiga minit sebelum rehat, Lazar Samardzic mengikat kedudukan buat Udinese.

Florian Thuavin meletakkan Udinese di hadapan pada minit ke-62 selepas melepasi kawalan Tijjani Reijnders dan Theo Hernandez sebelum merembat menewaskan Maignan.

Milan bagaimanap­un mengikat kedudukan menerusi gol Luka Jovic pada minit ke-83 sebelum Okafor memulakan pesta kegembiraa­n dengan gol kemenangan pada minit kecederaan untuk mengekalka­n tempoh tanpa kalah pasukannya kepada enam perlawanan liga.

 ?? — Gambar AFP ?? SABAR: Reaksi Maignan ketika dicemuh penonton pada perlawanan Serie A Itali di antara Udinese dan AC Milan.
— Gambar AFP SABAR: Reaksi Maignan ketika dicemuh penonton pada perlawanan Serie A Itali di antara Udinese dan AC Milan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia