Utusan Borneo (Sarawak)

La Liga: Harapan Bilbao buru empat tangga teratas terjejas

-

Harapan Athletic Bilbao memburu empat tangga teratas liga terjejas apabila tewas tipis 1-0 kepada Valencia dalam aksi La Liga Sepanyol pada Sabtu.

Valencia mengejutka­n lawan yang berada di tangga ketiga liga dalam saingan sengit yang ditentukan oleh gol Hugo Duro di Stadium Mestalla.

Athletic, yang dibimbing Ernesto Valverde, belum tewas dari 14 perlawanan dalam semua pertanding­an dan sudah menang enam perlawanan terakhir.

Bagaimanap­un, mereka berdepan dengan pasukan Valencia yang semakin meningkat di bawah kendalian Ruben Baraja dan meraih kemenangan liga yang keempat berturuttu­rut untuk naik ke tangga ketujuh liga.

“Perkara terburuk ialah kami mengawal permainan, mencipta beberapa peluang tetapi gagal menyempurn­akannya,” kata Valverde.

Sergi Canos dikeluarka­n lebih awal kerana kecederaan untuk Valencia sementara penjaga golnya, Giorgi Mamardashv­ili beraksi tangkas menepis dua cubaan Nico Williams.

Abang Nico, Inaki, beraksi bersama Ghana untuk kejohanan Piala Negara Afrika dan Athletic ternyata merindui ketajaman di jentera seranganny­a.

Oihan Sancet melihat cubaannya tersasar untuk Athletic selepas rehat sebelum Duro mensia-siakan peluang terbaik awal buat Valencia.

Bagaimanap­un, dua minit kemudian, dia memecah kebuntuan apabila menanduk satu umpanan Jose Gaya untuk menewaskan penjaga gol Unai Simon pada minit ke-61.

Mamardashv­ili sekali lagi beraksi tangkas menepis cubaan Unai Gomez ketika Athletic memburu gol kemenangan namun Valencia berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat.

Selepas bersaing mengelak penyingkir­an musim lepas dan hanya terselamat dari penyingkir­an pada hari terakhir musim, Valencia pada musim ini menikmati kempen memberangs­angkan.

Barcelona, yang berada di tangga keempat liga, boleh memintas Athletic ke tangga ketiga jika menewaskan Real Betis pada perlawanan lewat sementara pendahulu liga, Girona, menanti kunjungan Sevilla dan Real Madrid akan bertemu kelab tercorot Almeria.

Pada perlawanan lain, Real Sociedad menewaskan Celta Vigo 1-0 menerusi rembatan jarak jauh Brais Mendez.

Kemenangan memastikan skuad kendalian Imanol Alguacil naik ke tangga keenam liga dan mengekalka­n saingan dengan pasukan di hadapan mereka.

Mendez hanya mengangkat tangan seperti meminta maaf di atas golnya kerana dia adalah bekas pemain Celta Vigo untuk gol pertamanya sejak bulan Oktober.

Guaita denied Umar Sadiq, hampir menambah jaringan namun gagal melakukan penyudah kemas.

Mendez tidak bernasib baik menjaringk­an gol kedua peribadi apabila rembatanny­a terkena palang gol pada awal separuh masa kedua.

Celta mempunyai peluang untuk menebus kekalahan mereka apabila bertemu Real Sociedad pada perlawanan suku akhir Copa del Rey Selasa ini.

Pada perlawanan awal, Las Palmas, yang berada di tangga kelapan liga, mengukuhka­n kedudukan mereka dengan kemenangan 2-0 di Rayo Vallecano sementara Real Mallorca memerlukan gol lewat untuk mengikat Villarreal 1-1. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia