Utusan Borneo (Sarawak)

Jaringan Bounedjah selamatkan keadaan

Pemain Algeria itu ledak dua gol untuk ikat Burkina Faso dalam AFCON Kumpulan D

-

BOUAKE: Baghdad Bounedjah menjaringk­an dua gol ketika juara dua kali kejohanan, Algeria, bangkit dari ketinggala­n sebelum mengikat Burkina Faso 22 dalam aksi Kumpulan D Piala Negara Afrika (AFCON) pada Sabtu.

Bounedjah, yang beraksi dalam liga di Qatar dan menjaringk­an gol kemenangan ketika menewaskan Senegal di final 2019, mengikat gol pembukaan Mohamed Konate dan gol pendahulua­n Bertrand Traore di hadapan 33,000 penonton di sini.

Dalam perlawanan kedua, Angola menewaskan Mauritania 3-2 dalam perlawanan menarik yang menamatkan sembilan perlawanan tanpa menang sejak dari 2012.

Dalam aksi lain Kumpulan E, Tunisia dan Mali seri 1-1 dalam perlawanan yang agak membosanka­n.

Angola dan Burkina Faso masing-masing mengumpul empat mata, Algeria dua dan Mauritania tanpa sebarang mata dengan kesemua empat pasukan masih berpeluang memburu kelayakan ke pusingan kedua kejohanan dengan berbaki satu perlawanan sahaja lagi.

Jurulatih Algeria, Djamel Belmadi, yang membimbing skuad muncul juara pad 2019, berkata dia berpuas hati dengan keputusan seri dalam cuaca panas di mana suhu mencecah sehingga 36 darjah Selsius.

“Burkina Faso menguasai separuh masa pertama tetapi kami bangkit bergaya dalam separuh masa kedua dan kami hampir memenangin­ya kerana ada keraguan tentang bola terkena tangan dalam kotak penalti lawan.

“Kami mempunyai lebih banyak peluang menjaringk­an gol tetapi penyudah kami hambar. Saya berjanji bahawa akan ada prestasi yang lebih baik untuk perlawanan menentang Mauritania Selasa ini.”

Burkina Faso, yang me

namatkan kejohanan di tempat kedua, ketiga dan keempat dalam tiga dari lima edisi terakhir kejohanan, mendapat pujian daripada jurulatihn­ya, Hubert Velud.

Konate membuka jaringan pada minit akhir sebelum rehat tetapi Bounedjah mengikat kedudukan tidak lama selepas rehat.

Bertrand Traore masuk dari bangku simpanan dan menyempurn­akan satu tendangan penalti untuk meletakkan Burkina Faso kembali di hadapan tetapi Bounedjah menafikan kemenangan dengan gol penyamaan pada minit kecederaan.

Perlawanan di antara Angola menentang Mauritania mungkin perlawanan paling kurang menarik perhatian dari tiga perlawanan berlangsun­g pada Sabtu dengan kedua-dua pasukan berada di luar 20 pasukan terbaik di benua Afrika.

Tetapi mereka mempamerka­n aksi menarik dengan dua gol cantik Mauritania gagal menghalang Angola melonjak ke tangga teratas kumpulan dengan perbezaan gol.

Gelson Dala meletakkan Angola di hadapan dengan satu larian solo tetapi Sidi Bouna Amar mengikat kedudukan pada minit akhir sebelum rehat.

Satu lagi gol solo, kali ini dari Dala, dan gol ketiga oleh Gilberto pada minit ke-53 meletakkan Angola selesa di hadapan.

Ramai menjangkak­an Mauritania akan hilang fokus tetapi mereka merapatkan kedudukan menerusi gol cantik Aboubakary Koita.

Memburu kemenangan perlawanan buat kali pertama dalam AFCON, Mauritania meningkatk­an asakan untuk mencari gol penyamaan namun Angola berjaya bertahan

dan hampir pasti akan melangkah ke pusingan kedua kejohanan untuk kali pertama sejak 2010.

Banyak yang dijangkaka­n dari perlawanan Tunisia menentang Mali dalam aksi Kumpulan E tetapi satu gol untuk kedua-dua pasukan dalam 20 minit pertama kelihatan menamatkan saingan lebih awal.

Lassine Sinayoko meletakkan Mali di hadapan seawal minit ke-10 tetapi Hamza Rafia mengikat kedudukan 10 minit kemudian.

Mali mengumpul empat mata, Namibia tiga, Tunisia satu dan Afrika Selatan tanpa sebarang mata setakat ini.

Selepas mengejutka­n Tunisia, Namibia boleh melangkah ke pusingan kedua kejohanan buat kali pertama dalam sejarah mereka jika menewaskan Afrika Selatan pada perlawanan lewat. — AFP

Kami mempunyai lebih banyak peluang menjaringk­an gol tetapi penyudah kami hambar. Saya berjanji bahawa akan ada prestasi yang lebih baik untuk perlawanan menentang Mauritania Selasa ini.

Baghdad Bounedjah Pemain Algeria

 ?? — Gambar AFP ?? BERTEMBUNG DI UDARA: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala Negara Afrika bagi Kumpulan D di antara Algeria dan Burkina Faso di Bouake.
— Gambar AFP BERTEMBUNG DI UDARA: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala Negara Afrika bagi Kumpulan D di antara Algeria dan Burkina Faso di Bouake.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia