Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Asia: Korea Selatan seri 2-2 dengan Jordan

-

Korea Selatan mengelak kejutan besar di Piala Asia apabila menjaringk­an gol penyamaan lewat ketika seri 2-2 dengan Jordan sementara Bahrain juga memerlukan gol lewat untuk menewaskan Malaysia dan membuka saingan Kumpulan E.

Sehari selepas Iraq mengejutka­n pasukan pilihan juara, Jepun, Korea Selatan memerlukan gol sendiri dalam minit kecederaan untuk mengikat kedudukan selepas Jordan bangkit dari ketinggala­n awal menerusi penalti Son Heung-min.

Pada perlawanan lewat, Bahrain menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-95.

“Kami menjangkak­an satu perlawanan sukar dan kami memperoleh­inya,” kata jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann, di mana pasukannya memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri pada perlawanan terakhir kumpulan menentang Malaysia Khamis depan untuk menjamin kemaraan ke pusingan kedua

kejohanan.

“Selepas mendahului kedudukan, kami mengurangk­an rentak permainan dan ia sesuatu yang tidak harus berlaku. Kami juga tewas dalam saingan satu lawan

satu,” kata Klinsmann.

“Perlawanan seperti ini akan memberi banyak pengajaran kepada anda.”

Korea Selatan mengintai peluang memburu kejuaraan Piala Asia yang pertama sejak

64 tahun dan Son meletakkan mereka di hadapan dari satu tendangan penalti seawal minit kesembilan.

Tetapi gol sendiri Park Yong-woo dan gol Yazan Al-Naimat meletakkan Jordan

di hadapan pada masa rehat.

Korea Selatan tidak kelihatan mampu menjaringk­an gol dalam separuh masa kedua namun gol penyamaan hadir apabila Yazan Al-Arab tertolak rembatan Hwang In-beom ke pintu golnya sendiri dalam minit kecederaan.

“Ia penting untuk melihat bahawa apabila semuanya tidak menjadi, bagaimana pemain akan bertindak,” kata Klinsman.

“Kerana itulah saya berasa benar-benar gembira.”

Son mengenepik­an idea di mana tekanan untuk cuba memenangi kejohanan selepas sekian lama memberi kesan kepada dia dan rakan sepasukann­ya.

“Sentiasa ada tekanan apabila anda bermain untuk Spurs (Tottenham Hotspur) atau skuad kebangsaan kerana semua orang melihat anda,” kata Son, yang juga kapten Spurs.

“Saya sentiasa menangani tekanan dengan baik, saya menyukai tekanan.”

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala Asia Kumpulan E di antara Jordan dan Korea Selatan di Doha.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala Asia Kumpulan E di antara Jordan dan Korea Selatan di Doha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia