Utusan Borneo (Sarawak)

Persembaha­n Malaysia menakjubka­n

Jaringan masa kecederaan Bahrain ‘bunuh’ perjuangan skuad Harimau Malaya pada saingan Piala Asia 2023 di Qatar

- Pemain tengah — Bernama

AL RAYYAN (QATAR): Pemain tengah Mohamed Syamer Kutty Abba menyifatka­n Malaysia tidak bernasib baik untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata selepas tewas 0-1 kepada Bahrain pada perlawanan kedua Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di sini, malam kelmarin.

Memang nasib tak baik, kita bolos pada minit akhir tetapi ini lah bola sepak. Kami sudah bagi sehabis baik untuk 90 minit. Walaupun dalam perlawanan ini kami banyak bertahan, kami tetap ada buat serangan balas.

Mohamed Syamer yang diturunkan dalam kesebelasa­n utama sebelum digantikan dengan Natxo Insa pada babak kedua perlawanan berkata pasukan telah memberikan segalanya ketika bertahan mahupun menyerang sepanjang 90 minit permainan di Stadium Jassim Bin Hamad itu.

Namun, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata nasib lebih memihak Bahrain yang berjaya menemukan jaringan pada minitminit akhir masa kecederaan babak kedua untuk mengesahka­n kemenangan dalam pertemuan sulung keduadua pasukan itu di pentas Piala Asia.

“Memang nasib tak baik, kita bolos pada minit akhir tetapi ini lah bola sepak. Kami sudah bagi sehabis baik untuk 90 minit. Walaupun dalam perlawanan ini kami banyak bertahan, kami tetap ada buat serangan balas.

“Mereka (Bahrain) pasukan

Mohamed Syamer Kutty Abba

yang lagi baik tetapi kita bermain sebagai satu pasukan dan gol lewat itu ‘membunuh’ kami,” kata pemain berusia 27 tahun berkenaan ketika ditemui selepas perlawanan di sini malam kelmarin.

Kekalahan itu yang merupakan kekalahan kedua skuad bimbingan Kim Pan Gon pada kempen kali ini menyaksika­n Malaysia tersingkir daripada

saingan sekali gus gagal mencapai sasaran untuk mencipta sejarah melangkah ke pusingan 16 terbaik, namun Mohamed Syamer mahu melihat ia dari sudut positif.

“Apabila kita tak capai sasaran, akan sentiasa ada sesuatu untuk kita belajar dan perbaiki bagi masa akan datang,” katanya sambil mengakui aksi menentang Bahrain merupakan perlawanan yang sukar

dan pasukan tampil dengan pendekatan taktikal berbeza berbanding ketika bertemu Jordan, Isnin lepas.

Mohamed Syamer antara empat pemain yang berhenti untuk bercakap dengan media Malaysia selepas perlawanan itu selain penyerang naturalisa­si Paulo Josue dan dua pemain warisan iaitu Natxo Insa dan Stuart Wilkin.

Baki pemain skuad Harimau

Malaya terutama yang diturunkan malam kelmarin menolak untuk ditemu ramah antaranya penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan pemain pertahanan tengah Dion Cools.

Sementara itu, Josue berkata pasukan perlu mengambil iktibar dan belajar sebanyak mungkin daripada kejohanan ini untuk lebih bersedia bersaing pada edisi seterusnya.

“Saya rasa penting bagi Malaysia untuk berada di sini dan memahami tentang kejohanan ini, betapa sukarnya kejohanan, fahami padang (kondisi), pihak lawan. Untuk pemain yang akan beraksi lagi (edisi seterusnya), sudah tiba masanya belajar dan berjuang bagi kejohanan seterusnya.

“Melalui lebih banyak pengalaman dan pemahaman lanjut tentang kejohanan, mereka mampu meningkat lebih baik,” kata pemain Kuala Lumpur (KL) City FC yang berusia 35 tahun itu.

Josue turut tidak merasakan Pan Gon bertanggun­gjawab sepenuhnya selepas pengendali Korea Selatan itu menyalahka­n dirinya susulan kegagalan membawa pasukan ke peringkat kalah mati.

“Kita perlu harungi bersama-sama… kita kalah dan menang bersama-sama. Kita mempunyai barisan kejurulati­han yang hebat yang menganalis­is segala-galanya, beri kita maklumat terkini dan setiap orang perlu memikul tanggungja­wab. Kita perlu teruskan usaha kerana kita mempunyai peluang untuk layak ke Piala Asia seterusnya,” katanya.

Malaysia akan melengkapk­an baki saingan Kumpulan E menentang juara dua kali Korea Selatan di Stadium Al Janoub, Khamis ini.

Dalam pada itu, kekalahan itu menyaksika­n Malaysia masih gagal melepasi peringkat kumpulan dalam empat penampilan di Piala Asia selepas edisi 1976 di Iran, 1980 di Kuwait dan ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007.

 ?? — Gambar Bernama ?? GOL PEMUSNAH: Pemain Bahrain, Ali Madan ketika menjaringk­an gol pada perlawanan di antara Malaysia menentang Bahrain peringkat kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Jassim Bin Hamad, semalam. Malaysia tewas kepada Bahrain 0-1.
— Gambar Bernama GOL PEMUSNAH: Pemain Bahrain, Ali Madan ketika menjaringk­an gol pada perlawanan di antara Malaysia menentang Bahrain peringkat kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Jassim Bin Hamad, semalam. Malaysia tewas kepada Bahrain 0-1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia