Utusan Borneo (Sarawak)

Guna kanak-kanak untuk hasilkan pornografi, pesalah pedofilia dipenjara 10 tahun

-

Seorang pesalah pedofilia dipenjara 10 tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas mengaku bersalah menggunaka­n seorang kanakkanak lelaki berusia sembilan tahun untuk penyediaan dan penghasila­n pornografi.

Aladdin Lanim, 43, dari Lundu, membuat pengakuan tersebut sebaik didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 di hadapan

Hakim Musli Abdul Hamid.

Seksyen berkenaan memperuntu­kkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada lima sebatan jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan pindaan, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan terbabit sekitar jam 10.45 pagi pada 7 September 2019 di sebuah kuarters di Biawak.

Fakta kes mendedahka­n pihak polis melakukan tangkapan terhadap tertuduh pada 5 Julai 2021 dan mendapati telefon bimbit milik tertuduh mengandung­i gambar dan video lucah (pornografi).

Hasil siasatan seterusnya mendapati tertuduh membuat persediaan untuk menghasilk­an pornografi kanak-kanak dengan menggunaka­n mangsa sambil disaksikan oleh seorang kanakkanak lelaki lain berusia 13 tahun.

Selain itu, tertuduh turut merakam gambar dan video kejadian tersebut menggunaka­n sebuah telefon bimbit miliknya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norshafati­hah Nor Azmi sementara tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Chai Yuen Hui.

Untuk rekod, tertuduh pada 12 Januari 2024 turut dijatuhi hukuman penjara 40 tahun dan 21 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghasil dan menyediaka­n pornografi kanak-kanak dalam bentuk video dan gambar menggunaka­n telefon bimbitnya.

Selain itu, difahamkan tertuduh juga bakal didakwa semula di Mahkamah Kuching bagi kes serupa membabitka­n mangsa bawah umur yang lain.

Dalam pada itu, memetik laporan Sydney Morning Herald, pegawai penyiasat khas daripada Polis

Persekutua­n Australia (AFP), Polis Queensland serta Pusat Analisis dan Laporan Transaksi Australia (Austrac) memainkan peranan penting dalam usaha memberkasn­ya yang melakukan kegiatan tanpa dikesan selama 14 tahun.

Lelaki itu juga dikatakan bermegah melakukan kesalahan tersebut dalam forum dan memuat naik aktivitiny­a di ‘dark web’ sekali gus mengundang siasatan dan tindakan polis Australia selama dua tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia