Utusan Borneo (Sarawak)

Pengubahsu­aian bangunan TTG berhampira­n BCM masih dalam peringkat tender: Fatimah

-

Pengubahsu­aian bangunan Tempat Transit Gelandanga­n (TTG) berhampira­n Muzium Budaya Borneo (BCM) di sini, masih dalam peringkat tender.

Menteri Pembanguna­n Wanita, KanakKanak dan Kesejahter­aan Masyarakat Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia sedang ditender oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Menurutnya, pengubahsu­aian bangunan itu adalah salah satu daripada dua tempat TTG yang akan dibangunka­n di bandar raya ini oleh Kerajaan Sarawak

“Di bawah DBKU kita kenal pasti lokasi untuk TTG adalah di belakang BCM (Jalan P Ramlee) iaitu lokasi di deretan kedai.

“Tempat ini melibatkan kerja-kerja pengubahsu­aian bangunan dan ia masih dalam peringkat tender.

“Sementara di Kuching Selatan, kita menggunaka­n tingkat ketiga Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) untuk menempatka­n gelandanga­n seperti yang dipersetuj­ui Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) ketika mengadakan pertemuan dengan mereka minggu lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Datuk

Bandar DBKU Hilmy Othman di Ibu Pejabat DBKU Bukit Siol di sini, semalam.

Menurut Fatimah, TTG dibina untuk menyediaka­n kemudahan transit sementara, khidmat sokongan dan rujukan intervensi bagi komuniti gelandanga­n.

“Justeru, kita harap kerjakerja pengubahsu­aian TTG berhampira­n BCM ini dapat siap mengikut jadual agar dapat membantu gelandanga­n bangkit dan memulakan kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Sehubungan itu ujar beliau, kementeria­nnya kini

sedang memantau populasi gelandanga­n dan membuat profil golongan sasar untuk tujuan pengecaman.

“Setiap kali menjalanka­n operasi menyelamat gelandanga­n, kita sering melihat individu yang sama dan berkemungk­inan besar dengan membuat profil sebegini kita dapat mengenali mereka.

“Hasrat kita ialah ingin membantu golongan ini (gelandanga­n) dan tidak terpinggir daripada masyarakat serta hidup dalam keadaan sejahtera dan bermaruah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau

memberitah­u bahawa TTG pertama di Sibu mencapai objektifny­a dengan baik sekali.

“Ia telah banyak mengubah masa depan gelandanga­n dan ini merupakan satu kejayaan kerana kita berjaya menyediaka­n golongan sasar tempat tidur, mandi dan makan serta kemahiran bagi menjana pendapatan.

“Kita difahamkan sebahagian daripada mereka telah mendapat pekerjaan seperti sebagai pengawal keselamata­n, pencuci tandas awam, pelayan di kedai kopi dan lain-lain,” ujarnya.

 ?? ?? KUNJUNGAN: Fatimah bersama yang lain ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Datuk Bandar DBKU Hilmy Othman semalam. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.
KUNJUNGAN: Fatimah bersama yang lain ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Datuk Bandar DBKU Hilmy Othman semalam. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia