Utusan Borneo (Sarawak)

Tahun Baharu Cina diraikan semua kaum di Sarawak: Dr Sim

-

Di Sarawak, sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) bukan sahaja diraikan oleh masyarakat Cina tetapi turut diraikan semua kaum termasuk Melayu, Iban dan sebagainya.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyatakan betapa uniknya perayaan TBC di negeri ini sehingga berjaya menarik penyertaan kaum-kaum lain.

“Kita di Sarawak dihuni pelbagai bangsa dan agama justeru setiap kali musim perayaan, semua kaum tanpa mengira orang Cina, Iban, Melayu dan sebagainya bersama meraikanny­a,” kata beliau yang juga Menteri Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Majlis Merarau TBC 2024 di sini kelmarin.

Dr Sim berkata, kumpulan tarian singa terdiri daripada ahli-ahli muda berbilang kaum terutama semasa TBC menarikan tarian itu dari rumah ke rumah kaum yang meraikan perayaan ini dan ini hanya berlaku di Sarawak.

“Memandangk­an terdapat banyak sambutan TBC di Sarawak, beberapa acara dijadualka­n berbaris dari jauh sebelum TBC dan dilanjutka­n sehingga hari ke-15 perayaan itu,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie menyifatka­n perayaan TBC dirayakan masyarakat Cina mampu mengeratka­n perpaduan kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Ini bermakna katanya, kaum lain seperti Iban dan Melayu turut berpeluang meraikan perayaan itu dalam satu rumpun rakyat Malaysia.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis turut memuji inisiatif dan usaha persatuan itu menganjurk­an majlis ini setiap tahun.

“Ini adalah satu usaha menarik dan menghimpun­kan semua ketua kaum serta ketua masyarakat berbilang bangsa serta penduduk setempat bersama meraikan perayaan ini,” katanya.

Hadir sama Wali Kota Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Anthony Abell Chendan, Temenggung Kueh Aik Seng, Pemanca Lee Siang Hua serta ketua-ketua kaum dan masyarakat.

 ?? ?? RAI KEPELBAGAI­AN: Dr Sim (empat kanan), Harden (tiga kanan), Doris (tiga kiri), Lee (dua kiri) bersama gegantung TBC pada majlis tersebut.
RAI KEPELBAGAI­AN: Dr Sim (empat kanan), Harden (tiga kanan), Doris (tiga kiri), Lee (dua kiri) bersama gegantung TBC pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia