Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak menganiaya firma dari China

Tanggapan itu timbul selepas kontrak Jambatan Rambungan melibatkan firma China ditamatkan

- Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier Sarawak

BETONG: Kerajaan negeri tidak menganiaya atau mendiskrim­inasi firma dari China yang terlibat dalam projek infrastruk­tur besar di negeri ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sebenarnya kami mempunyai beberapa firma kejurutera­an dari China yang terlibat dalam pelaksanaa­n projek infrastruk­tur besar kami dengan rakan kongsi tempatan di seluruh negeri.

Uggah berkata tanggapan sedemikian timbul selepas kontrak pembinaan Jambatan Rambungan di Lundu yang tertangguh melibatkan sebuah firma dari China ditamatkan baru-baru ini.

Uggah yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pelabuhan (MIPD) memberitah­u pemberita semalam selepas melawat tapak pembinaan Jambatan Batang Saribas 2 di Beladin dekat sini.

Beliau sebelum itu melawat tapak pembinaan Jambatan Batang Lupar 1 dan Jambatan Batang Saribas 1 .

Turut serta ialah Konsulat Jeneral China ke Sarawak Xing Weiping, Setiausaha Tetap MIPD Datu Chiew Chee Yau dan Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Meehan Jorai.

“Sebenarnya kami mempunyai beberapa firma kejurutera­an dari China yang terlibat dalam pelaksanaa­n projek infrastruk­tur besar kami dengan rakan kongsi tempatan di seluruh negeri.

“Kami sentiasa sangat objektif dalam penilaian kami terhadap mana-mana prestasi kontraktor dalam projek kami.

“Sebab itu hari ini saya menjemput Konsul Jeneral Xing untuk menyertai saya dalam lawatan ini.

“Kami mahu menunjukka­n kepadanya bagaimana kami menjalanka­n taklimat kemajuan pelaksanaa­n projek kami,” katanya.

Ujar Uggah lagi, ketigatiga projek jambatan ini juga melibatkan kontraktor dari China dan pihaknya telah memaklumka­n kepada Xing sekiranya mereka gagal menunjukka­n prestasi yang diharapkan, kontrak terpaksa ditamatkan seperti dalam projek Jambatan Rambungan.

“Kami tidak menganiaya atau mendiskrim­inasi sesiapa dan kerajaan hanya mengenakan peraturann­ya, undang-undangnya.

“Kami mahu memastikan kontraktor bertanggun­gjawab menyiapkan projek mereka tepat pada masanya.

“Saya harap Xing akan memahami pendekatan

kami,”ujarnya.

Mengenai projek Jambatan Batang Lupar 1 bernilai RM848.745 juta, Uggah berkata beliau gembira dengan kemajuanny­a meskipun terdapat beberapa isu kecil yang perlu diselesaik­an segera.

Jambatan ini dijangka akan siap menjelang November

2025 jika semuanya berjalan lancar.

Mengenai Jambatan Saribas 1 pula, Uggah berkata projek bernilai RM375.5 juta itu disasarkan siap pada April 2025 dengan kemajuan fizikal sebenar ialah 76.60 peratus berbanding jadualnya 86.54 peratus.

“Mereka juga menghadapi beberapa isu yang kami telah nasihatkan agar diselesaik­an bagi meningkatk­an prestasi mereka,” katanya.

Mengenai projek Jambatan Saribas 2 pula, Uggah berkata projek bernilai RM385 juta itu dijangka siap pada 1 Ogos 2025.

 ?? ?? TINJAU: Uggah (tengah) bersama rombongan melawat projek Jambatan Batang Lupar 1 semalam.
TINJAU: Uggah (tengah) bersama rombongan melawat projek Jambatan Batang Lupar 1 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia