Utusan Borneo (Sarawak)

Terminal Penumpang Sibu kekal terminal pendaratan penumpang

-

Terminal Penumpang Sibu kekal sebagai terminal pendaratan penumpang penting untuk bot penumpang selain menyokong pelbagai pihak berkepenti­ngan termasuk industri pelayaran sungai.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Henry Harry Jinep berkata, kerajaan negeri komited dengan memperuntu­kkan dana di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi menaik taraf pontun di kawasan ketibaan dan pelepasan.

“Kerja-kerja menaik taraf tersebut dijadual dimulakan pada April tahun ini,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, beliau ditanya sama ada terminal itu akan ditukar untuk tujuan lain selepas bot ekspres tidak lagi beroperasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru itu memberitah­u, sudah setahun bot ekspres tidak berlepas dari Terminal Penumpang Sibu ke Kapit selepas kali terakhir pada 14 Januari 2023.

“Sejak itu, terminal itu berfungsi sebagai terminal pendaratan penumpang untuk perkhidmat­an bot laju berulang-alik antara Sibu dan Dalat serta Sibu dan Daro.

“Selain itu, ia berfungsi sebagai terminal berlabuh bagi agensi kerajaan melancarka­n perkhidmat­an melalui laluan air dari Sibu.

“Terminal Penumpang Sibu masih relevan sebagai terminal pendaratan penumpang penting untuk bot penumpang serta menyokong pelbagai pihak berkepenti­ngan termasuk industri pelayaran sungai,” jelasnya.

Untuk rekod, perjalanan menggunaka­n bot bukan lagi pengangkut­an utama ke hulu Sungai Rajang selelas Jalan Sibu-Kapit dibuka.

Difahamkan permintaan pengangkut­an bot penumpang di sini menurun secara drastik sehingga memaksa pengusaha bot menghentik­an perkhidmat­an tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia