Utusan Borneo (Sarawak)

Tangani isu serta permasalah­an sosial secara holistik: Kennedy

-

Masalah serta isu sosial yang melanda masyarakat harus ditangani secara serius dan holistik bagi memastikan ia dapat dikawal demi kesejahter­aan hidup dalam kalangan komuniti, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon.

Katanya, usaha membantera­s masalah sosial ini tidak harus disandar sepenuhnya kepada pihakberku­asa,namunanggo­ta masyarakat harus menjadi mata dan telinga dengan melaporkan sebarang kegiatan salah laku dalam kalangan masyarakat seperti penyalahgu­naan dadah serta sebarang bentuk jenayah yang mengancam keselamata­n.

“Isu dan masalah sosial yang dihadapi oleh individu atau komuniti adalah sangat rumit dan kompleks untuk diselesaik­ansecarabe­rsendirian oleh sesebuah agensi,” ujarnya semasa berucap merasmikan majlis penutupan Program Pemerkasaa­n Komuniti 2.0 di Sungai Asap, Belaga, kelmarin.

Intervensi bersepadu bagi pembanguna­n komuniti terjebak isu sosial ini secara amnya diadakan bermula Jumaat lalu di Uma Baha Apau Koyan.

Oleh itu tegasnya, pendekatan intervensi yang menyeluruh, holistik dan bersepadu daripada pelbagai pihak sama ada agensi Kerajaan Sarawak atau kerajaan persekutua­n termasuk pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sangat diperlukan.

Selain itu katanya, penglibata­n pemimpin akar umbi dan komuniti juga amat penting bagi melengkapk­an rangkaian sokongan bagi membantu individu dan keluarga yang menghadapi isu sosial.

“Dengan semangat tanggungja­wab dan tindakan bersama, marilah kita sama-sama bersatu hati bagi mencapai kesejahter­aan komuniti di Sungai Asap dan untuk Sarawakku Sayang,” ujarnya.

Kennedy berkata, penglibata­n pensyarah dan mahasiswam­ahasiswi Sarjana Muda Sains Pembanguna­n Manusia dari Universti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) turut memberi nilai tambah kepada program ini kerana golongan belia di IPT perlu didedahkan dengan dunia praktikal agar dapat menjadi pemangkin bagi pembanguna­n komuniti dalam masyarakat.

Justeru katanya, besarlah harapan semua agar kerjasama, komitmen dan kolaborati­f antaraagen­siberkaita­nbersama masyarakat setempat dapat terus diperkukuh dalam usaha mengurangk­an isu-isu sosial demi kesejahter­aan komunti setempat khususnya dan di Sarawak amnya.

 ?? ?? HADIR: Kennedy semasa mengadakan lawatan ke salah sebuah agensi iaitu Jabatan Penjara Malaysia yang turut membuka kaunter dan pameran dalam program tiga hari bermula Jumaat lalu.
HADIR: Kennedy semasa mengadakan lawatan ke salah sebuah agensi iaitu Jabatan Penjara Malaysia yang turut membuka kaunter dan pameran dalam program tiga hari bermula Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia