Utusan Borneo (Sarawak)

Bandar raya Kuching bersih hasil usaha PBT, rakyat

Kuching diiktiraf sebagai bandar ke-11 paling bersih di dunia oleh syarikat teknologi kualiti udara Switzerlan­d IQAir

- Timbalan Premier Sarawak

KUCHING: Pengiktira­fan Kuching sebagai bandar ke-11 paling bersih di dunia baru-baru ini oleh syarikat teknologi kualiti udara Switzerlan­d IQAir adalah hasil usaha berterusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan rakyat.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata sudah lama dikenali sebagai bandar bersih malah mereka dari Semenanjun­g Malaysia termasuk (bekas ketua pengarah kesihatan) Tan Sri Dr Ismail Merican menyatakan rasakagumn­yaterhadap­Kuching yang begitu bersih.

“Inilah semangat yang kita ada di mana semua orang di Kuching bersama-sama menjaga kebersihan bandar dan kita sentiasa berusaha mencari jalan untuk menambah baik caramengek­alkankeber­sihan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan­MajlisNyal­aanLampu Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Patung

Kucing Putih Padungan di sini, kelmarin.

Dr Sim juga berkata ia adalah satu penghormat­an buat Kuching diiktiraf antara bandar

terbersih di dunia dan pencapaian ini bukanlah sesuatu yang mudah.

“Sayaberter­imakasihke­pada pendudukKu­chingkeran­abersama-samamenjag­abandarkit­a

dan marilah kita terus menjaga kebersihan bandar kita supaya ini menarik minat orang ramai untuk datang melawat kita,”

katanya.

Terdahalu, Dr Sim menyertai majlis nyalaan lampu pada Patung Kucing Putih Padungan yang dipakaikan dengankost­ummerahsem­pena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang.

Menyertai patung popular dan ikonik itu tahun ini untuk menyambut Tahun Naga ialah ‘Eco-Dragon’ yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula seperti cakera padat (CD), botolplast­ik,tinalumini­umdan peralatan elektrik.

Dr Sim berkata ‘Eco-Dragon’ adalah usaha bersama MBKS dan Taiwan Buddhist Tzu Chi Foundation Malaysia (Kuching), sebagai bukti bahawa barang harian boleh digunakan semula dan bertukar menjadi karya seni.

Sementara itu, Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng berkata pembinaan ‘EcoDragon’ mengambil masa sebulan melibatkan lebih 400 ahli Tzu Chi.

Sebanyak 2,000 keping CD, 2,271 botol plastik, 415 tin aluminium dan dua unit peralatan elektrikal (CCTV) digunakan untuk menghasilk­an ‘Eco-Dragon’ itu pada ukuran 18.88 meter dan turut disenaraik­an dalam Malaysia Book of Records sebagai naga terbesar dibuat daripada bahan kitar semula.

“Inilah semangat yang kita ada di mana semua orang di Kuching bersamasam­a menjaga kebersihan bandar dan kita sentiasa berusaha mencari jalan untuk menambah baik cara mengekalka­n ” kebersihan. Datuk Amar Dr Sim Kui Hian

 ?? ?? MENARIK: Dr Sim (kanan), Wee (dua kanan), Timbalan Datuk Bandar MBKS Datuk Dr Zaiedi Suhaili (empat kanan) dan yang lain merakam gambar bersebelah­an ‘Eco-Dragon’.
MENARIK: Dr Sim (kanan), Wee (dua kanan), Timbalan Datuk Bandar MBKS Datuk Dr Zaiedi Suhaili (empat kanan) dan yang lain merakam gambar bersebelah­an ‘Eco-Dragon’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia