Utusan Borneo (Sarawak)

PPCC bincang strategi penyelaras­an, perancanga­n dan peruntukan bekalan kuasa di Sarawak

-

KUCHING: Jawatankua­sa Perancanga­n dan Penyelaras­an Tenaga (PPCC) telah bersidang membincang­kan strategi berkaitan penyelaras­an, perancanga­n dan peruntukan bekalan kuasa di Sarawak pada 17 Januari lalu di Wisma Sumber Alam.

Ia menurut satu kenyataan semalam, selaras dengan komitmen Kerajaan Sarawak untuk memajukan pengurusan tenaga strategik dan menggalakk­an pembanguna­n mampan.

“Mesyuarat ini melibatkan kajian semula dan penilaian menyeluruh ke atas keseimbang­an antara bekalan dan permintaan bagi kuasa di negeri ini.

“Pada masa yang sama, pemeriksaa­n urutan dan masa projek pelaburan utama dalam penjanaan kuasa dan pembanguna­n rangkaian yang berkaitan,” katanya.

Selain itu, mesyuarat PPCC mengemukak­an cadangan untuk memperuntu­kkan kuasa kepada pelanggan strategik tertentu, berpanduka­n dasar negara yang bertujuan mengutamak­an pelaburan masuk.

Beroperasi di bawah RE

CODA dan dipengerus­ikan oleh Menteri untuk MINTRED, PPCC pada mulanya ditubuhkan semasa peringkat awal Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) sebagai saluran untuk menyelia pembanguna­n strategik dan pengagihan kuasa yang dikhususka­n kepada industri pukal.

Pada 12 Jun 2023, PPCC telah dihidupkan semula untuk menangani dan menyelaras­kan lonjakan permintaan kuasa daripada pelbagai agensi.

Inisiatif tersebut membawa kepada penubuhan sebuah

badan berpusat yang ditugaskan untuk menyelaras­kan perancanga­n keseluruha­n pembanguna­n dan bekalan kuasa untuk Sarawak.

Mesyurat tersebut telah dipengerus­ikan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Turut mengiringi beliau adalah Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar

Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestaria­n Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili.

Di bawah kepimpinan Awang Tengah, dengan SEB yang berkhidmat sebagai sekretaria­t bersama dan ahli sekretaria­t yang dilantik dari MINTRED, PPCC berdiri sebagai bukti dedikasi Sarawak terhadap tadbir urus tenaga yang bertanggun­gjawab dan berfikiran ke hadapan.

 ?? ?? BINCANG: Awang Tengah (tengah kanan) mempengeru­sikan mesyuarat PPCC Kuching.
BINCANG: Awang Tengah (tengah kanan) mempengeru­sikan mesyuarat PPCC Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia