Utusan Borneo (Sarawak)

MBKS dipuji sebagai model, lambang kecemerlan­gan bagi PBT di Sarawak

-

Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dipuji sebagai model dan lambang kecemerlan­gan bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sarawak oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, MBKS telah memainkan peranan penting dalam pembanguna­n Sarawak.

“Kehadiran saya pada majlis makan malam tahunan anda ini, menunjukka­n betapa saya menghargai pencapaian MBKS.

“Saya boleh menghadiri majlis makan malam tahunan majlis tempatan lain seperti Majlis Bandaraya Miri (sebagai contoh), tetapi saya memilih untuk menghadiri majlis oleh MBKS malam ini.

“Saya tidak dapat menghadiri semua majlis makan malam oleh majlis tempatan di seluruh negeri, kerana terdapat 26 majlis tempatan semuanya, jadi saya pilih yang paling menarik perhatian saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan MBKS di sini kelmarin.

Ujar Dr Sim lagi, sebagai timbalan premier beliau percaya MBKS berada pada kedudukan yang baik untuk memimpin melalui teladan dan mana-mana kakitangan yang berpindah ke PBT lain harus memartabat­kan PBT tersebut dengan kepakaran mereka.

“Sama ada anda dalam pentadbira­n, kebun, kaunseling atau mana-mana jabatan lain, bercita-citalah untuk menjadi yang terbaik.

“Saya mahu kakitangan MBKS menjadi contoh kepada PBT lain dalam negeri,” katanya.

Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng dalam pada itu berkata pengiktira­fan Kuching

sebagai bandar gastronomi UNESCO menunjukka­n penyelesai­an kreatif MBKS kepada pelbagai cabaran.

“Pencapaian ini bukanlah kemuncak tetapi batu loncatan kepada pencapaian yang lebih cemerlang, jadi saya berharap MBKS akan diperbaiki,” katanya.

Dalam pada itu majlis makan malam tahunan itu diadakan sebagai forum untuk meraikan kejayaan masa lepas pemimpin dan kakitangan MBKS serta mengukuhka­n dedikasi mereka untuk memajukan pembanguna­n dan kemakmuran Kuching.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Datuk Bandar MBKS Datuk Dr Zaiedi Suhaili, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara Hilmy Othman dan Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) Tan Kai.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Dr Sim (tiga kanan) menerima bakul buah daripada Wee sebagai cenderamat­a. Turut kelihatan Penguang (dua kanan) dan Zaiedi (dua kiri).
TERIMA KASIH: Dr Sim (tiga kanan) menerima bakul buah daripada Wee sebagai cenderamat­a. Turut kelihatan Penguang (dua kanan) dan Zaiedi (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia